Menyelam Tiba-tiba Terjumpa iPhone X!?

Collab

Discovery Scuba
RM130

Siapa yang tak happy, siapa yang tak seronok kalau satu hari bila kita tengah jenjalan dan kita terjumpa bermacam-macam benda seperti spek mata Rayban, duit, Gopro, Drone, barang-barang rare serta iPhone. Ya benar kata kami, iPhone.

Sumber: Instagram – @dallmyd

Sumber: Instagram – @dallmyd

Sumber: Instagram – @dallmyd

Tapi situasi ni berlainan pula sebab kita tak berjalan dengan tapak kaki tapi lebih kepada menyelam. Ini yang terjadi kepada seorang Youtuber yang bernama Jake yang juga merupakan seorang Scuba Diver.

Sumber: Instagram – @dallmyd

Jake yang menghabiskan masa beliau dengan menyelam underwater banyak merakamkan video-video beliau mencari & menjumpai ‘harta karun’ hasil peninggalan akibat terjatuh daripada tuan punya badan yang mungkin sedang berkayak atau berenang di tasik ataupun sungai.

Antara situasi yang best bila Jake dan rakannya menjumpai barangan berharga, antara benda-benda yang best diorang jumpa semestinya iPhone dan juga Gopro yang telah jatuh kedalam tasik ataupun sungai. Walaupun mereka jumpa gadjet-gadjet ni, tapi ada antaranya yang dah pun jatuh terdampar selama bertahun-tahun lamanya.

Yang best lagi murninya usaha Jake ni bila mana iPhone yang masih lagi berguna dan boleh pakai yang dijumpai dipulangkan semula kepada pemilik iPhone tersebut. Baik betul Jake ni, sanggup dia cari semula owner iPhone tu.

Kalau korang nak layan lagi harta karun yang dijumpai Jake ni, boleh check out Youtube channel DALLMYD.

Teringin nak belajar menyelam dan jadi penyelam macam Jake ni? Apa kata korang usha kelas Scuba Diving kat SuperDeals kat SINI. Dengan jimat sebanyak 13%, korang boleh belajar Scuba Diving untuk RM130 je. Murah ni gais!

KATALAKI: Bila dah tahu macam mana nak scuba dive ni, boleh la kata “sambil menyelam jumpa iPhone” kah kah kah!

Discovery Scuba
RM130

Last modified: 14 November 2018