Merchandise Devil May Cry 5 Ini Berharga Lebih RM30,000

Game, Tech

Baru-baru ini, Capcom telah mengumumkan tiga set Ultra Limited Edition untuk permainan video terbaru mereka iaitu Devil May Cry 5.

Namun, rata-rata peminat permainan video ini cukup terkejut. Bukan saja terkejut disebabkan apa yang mereka akan dapat dalam ketiga-tiga Ultra Limited Edition ini tetapi kerana harga yang perlu dorang keluarkan untuk membeli set Ultra Limited Edition ini.

Ok kitorang taknak bagi korang terkejut beruk dulu, so kita tengok dulu apa yang korang akan dapat andai kata korang nak beli set Ultra Limited Edition untuk Devil May Cry 5 ni.

 

DANTE ULTRA LIMITED

Set pertama yang Capcom perkenalkan adalah Dante set. Dalam set ini korang akan dapat permainan video Devil May Cry 5 itu sendiri, interchangeable box art dan Jaket kulit Dante itu sendiri!

Harga untuk set ini? Untuk dapatkan semua benda yang kitorang sebut tadi, korang perlu bayar lebih kurang USD8,600 ataupun lebih kurang RM36,000!

NERO ULTRA LIMITED

Tak mampu nak beli Dante set? jangan risau korang boleh usha Nero set yang agak “murah” sedikit berbanding Dante set.

Untuk Nero set korang akan dapat lebih kurang benda yang sama kecuali jaket yang mana untuk Nero set korang akan dapat jaket Nero yang dipakai didalam permainan Devil May Cry 5 terbaru ini.

Dengan hanya USD7,176 or lebih kurang RM30,000 korang boleh Nero set ni.

V ULTRA LIMITED

RM30,000 still mahal? kalau macam tu apa kata korang ambik V set. Untuk V set ni sama jugak, korang akan dapat Game Devil May Cry 5, interchangeable box art dan jugak jaket yang watak V gunakan dalam Devil May Cry 5.

Untuk V set, harga dia cuma USD5,318 atau kalau korang convert ke Ringgit Malaysia lebih kurang dalam RM23,000.

Untuk V set ni aku rasa kenapa dia lebih murah berbanding dua set yang lain adalah disebabkan watak V ni adalah watak yang baru so disebabkan dia baru dan takda peminat sendiri itu sebab dia murah.

Baju Kemeja DMC5

Still tak mampu? takpa kita senasib bro. Jangan risau, korang still boleh dapatkan baju kemeja Devil May Cry 5 dengan harga USD105.83 ataupun lebih kurang RM450 sehelai. Cumanya korang akan dapat kemeja sajalah.

Kesemua set ni hanya dikeluarkan di jepun sahaja. So kalau korang beminat nak dapatkan set-set ni, korang boleh pre-order dekat Official Store Capcom dari hari ini sehingga 19 November 2018.

KATALAKI: Jaket Supreme paling mahal pun cuma dalam RM15,000 je bro!

Last modified: 11 September 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *