MESPA – Pembela Nasib Esport Players Malaysia!

Game, Tech

Walaupun esport boleh dikatakan masih baru di Malaysia, kes-kes penipuan dan pelbagai isu lain telah banyak timbul. Antaranya kes-kes seperti players ditipu oleh pihak pengurusan berkenaan contract, management tidak menjaga pemain dan isu yang paling kita taknak dengar adalah isu player tidak dibayar disebabkan management bawak lari duit.

Bagi mengelakan perkara ini terus terjadi dan membuatkan scene esport di Malaysia bertambah teruk, satu pertubuhan yang diberi nama Malaysian Esport Player’s Association (MESPA) telah ditubuhkan baru-baru ini.

Pada 19 DEC 2018 yang lepas, pihak MESPA telah mengadakan pertemuan pertama untuk memperkenalkan ahli-ahli sementara yang akan berada dalam MESPA. Dibawah ni adalah senarai nama ahli sementara tersebut:

PRO TEM COMMITTEE:

President: Boon ‘Shige’ Shin (FIFA 19 Pro Player)

Vice President: Tiffani ‘Oling’ Lim (Dota2 Female Pro Player)

Secretary General: Mohamad Haqqani ‘2EZ4Jepv’ Jaffar (Mobile Legends Pro Player)

Treasurer: Kimberly ‘Kimbrry’ Chan (Dota2 & PUBG Female Player)

Committee Member: Dawei ‘Xero’ Teng (Dota2 Player & Team Manager)

Committee Member: Ahmad ‘ADTR’ Syazwan (Former Dota2 Pro Player & Coach)

Committee Member: Aiman ‘aimaNNN’ Azham (CSGO Pro Player)

Kalau dilihat senarai ahli sementara untuk MESPA ni, boleh dikatakan dorang ni semua bukanlah calang-calang orang. Tapi apa yang sebenarnya MESPA ni boleh tawarkan kepada playerplayer esport diluar sana?

Antara khidmat yang MESPA tawarkan adalah menjadi suara rasmi bagi playerplayer esport di Malaysia. Tak kira isu seperti contract, prize money, hak kebajikan players dan lain-lain lagi. Dalam masa yang sama MESPA berharap untuk menjadi orang tengah dalam scene esport antara Malaysia dengan organisasi esport luar negara.

Terus terang aku boleh cakap ini adalah masa yang sesuai untuk pertubuhan seperti MESPA ini ditubuhkan. Sebab sekarang ni setiap kali aku bukak Facebook ataupun media social lain mesti ada kes-kes player tak dibayar oleh management, player ditipu oleh sponsorship dan macam-macam lagi lah.

Aku berharap dengan adanya pertubuhan seperti MESPA, nasib esport players di Malaysia akan lebih terjaga dan dalam masa yang sama mampu membuatkan scene esport di Malaysia lebih meriah dan lebih teratur.  

KATALAKI: Harap MESPA mampu settlekan kes-kes organizer tournament esport yang mana sampai sekarang masih tak bayar duit player!

Last modified: 24 December 2018