MIA Online – Game Lawan Boss Berjemaah

Game, Tech

Pada sabtu yang lepas, pihak Cubizone telah melancarkan permainan mobile terbaru mereka iaitu MIA Online. Permainan mobile ini bakal berada di Google Play dan App Store bermula 4 December 2018.

MIA Online merupakan permainan video mobile open world MMORPG. Terdapat beberapa PVP modes didalam permainan mobile ini seperti 3vs3, 10vs10, dan Nation War.

Permainan fantasi 3D ini juga memaparkan system event dan bosses yang mana korang boleh berkerjasama dengan kawan-kawan korang untuk melawan big boss dalam permainan ini.

Bagi yang jenis suka berjual beli pulak, korang jugak boleh menjual gears dan items korang dekat Auction House untuk dijual kepada semua pemain.

Didalam Nation War, pemain boleh memilih untuk bersama dengan salah satu dari empat nation yang diperkenalkan. Pemain juga boleh memilih 6 unique classes Ranger, Assassins, Melodist, Paladin, Berserker dan juga Mystic.

Setiap classes mempunyai skill dan style mereka tersendiri. Setiap classes juga adalah non genderlocked bermaksud setiap gender character yang korang buat boleh memilih setiap classes yang diperkenalkan.

Bagi mereka yang berminat untuk bermain permainan mobile MIA Online ni, korang dah boleh mula preregister di website rasmi mereka ataupun boleh klik di SINI.

KATALAKI: Nampak gambar mamat pegang headphone tu? tu akulah tu menang lucky draw masa event MIA Online. Jangan jeles ok! hahaha

Last modified: 19 November 2018