Michael Owen Dan Alan Shearer Berperang Di Twitter

Aktif, Bola

Pada 3 September 2019, secara rasminya dua penyerang legenda pasukan bola sepak England, Michael Owen dan Alan Shearer mengisytiharkan perang di Twitter selepas Michael Owen mengeluarkan kenyataan pedas semasa ditemu bual oleh wartawan.

Image Via : thesun.co.uk

Untuk info, Michael Owen dan Alan Shearer pernah beraksi bersama selama 1 musim di Newcastle United. Peperangan Michael Owen dan Alan Shearer bermula selepas Michael Owen menceritakan dengan lebih mendalam mengenai hubungannya dengan penyokong Newcastle United dalam buku biografi terbaru Michael Owen yang bertajuk Reboot – My Life, My Time.

Michael Owen ada gak meluahkan rasa menyesal selepas berpindah dari Real Madrid untuk beraksi dengan Newcastle United di England. Bawah ni serangan pertama Alan Shearer kepada Michael Owen di Twitter. Untuk info, video temu bual Michael Owen ni ditayangkan pada tahun 2018.

Tak sampai 30 minit, Michael Owen balas balik serangan Alan Shearer di Twitter dengan mempertikaikan kesetiaan Alan Shearer kepada Newcastle United.

Pada tahun 2018, Alan Shearer pernah respons dengan temu bual Michael Owen di BT Sport.

Tak pasti sama ada ini merupakan gimmick sempena buku terbaru yang dihasilkan oleh Michael Owen atau betul-betul dua legenda England ni bertekak, tapi ini penjelasan Michael Owen mengenai kelantangannya meluahkan perasaan dan pengalaman sepanjang bersama dengan Newcastle United.

KATALAKI: Penyerang legenda England mana satu yang pernah bagi impak kat korang sebagai peminat bola sepak? Alan Shearer atau Michael Owen?

Last modified: 4 September 2019