Michael Schumacher Dah Tak Terlantar

Aktif, Motorsports

Menurut laporan Daily Mail, legenda Formula 1, Michael Schumacher dikhabarkan tak lagi terbaring di atas katil hospital selepas mengalami kemalangan ngeri semasa berluncur ski di pergunungan French Alps pada Disember 2013.

Walaubagaimanapun, Michael Schumacher masih lagi menerima bantuan mesin dan rawatan privasi di rumahnya yang terletak di Tasik Geneva, Switzerland.

Masa masih aktif dalam perlumbaan F1, Michael Schumacher pernah menjadi teammate kepada beberapa pelumba F1 ternama yang lain. Korang ingat lagi tak siapa? Kalau korang memang gila F1 confirmed tahu pelumba-pelumba ni.

Eddie Irvine (Ferrari 1996-1999)

Rubens Barrichello (Ferrari 2000-2005)

Felipe Massa (Ferrari 2006)

Nico Rosberg (Mercedes 2010-2012)

KATALAKI: Semoga legenda F1 yang murah dengan senyuman ni cepat sembuh!

Last modified: 24 December 2018