Minyak Wangi Rare Dari ‘Muntah’ Ikan Paus

Sembang, ZAP, ZeKool

Minyak wangi rare ni bukan lah bau seperti muntah ikan paus, tapi bahan unik yang terdapat dalam ‘muntah’ ikan paus ni yang digunakan untuk menjadikan minyak wangi tu tahan lama. Bahan tersebut dikenali dengan nama ambergris. Bahan ini sering digambarkan sebagai salah satu kejadian semula jadi yang paling pelik di dunia. Ia dihasilkan oleh ikan paus kepala kotak atau omputih sebut sperm whale, dan telah digunakan selama berabad-abad. Cuma bagaimana ‘muntah’ ikan paus ni keluar dari dalam ikan paus dan terdampar di pantai kekal misteri. Sperm whale merupakan haiwan terbesar dalam kelompok paus bergigi, sekaligus menjadikan ia haiwan bergigi terbesar di dunia.

Sperm whale sebenarnya memang terkenal sebagai haiwan buruan di lautan. Biasanya ikan paus jenis ni akan diburu dan diambil bahagian minyaknya untuk dijadikan sabun, minyak lampu, dan juga ubat. Kiranya ikan paus ni memang dah dianggap sebagai haiwan yang bernilai di lautan. Tambahan lagi, kewujudan ambergris yang dipercayai dihasilkan oleh ikan paus tersebut telah menjadikan ikan paus tu spesis terancam. Bahan tersebut juga mempunyai sejarah di muka bumi ini selama 1.75 juta tahun dahulu dan manusia telah menggunakannya lebih dari 1,000 tahun yang lepas. Ia dianggap sebagai emas di laut.

BAGAIMANA AMBERGRIS DIHASILKAN

Dipercayai bahan ini tidak terhasil dengan sendirinya di dalam perut ikan paus, tapi dengan memakan sejumlah besar haiwan seperti sotong. Kebiasaannya, sisa makanan yang tak dihadam seperti paruh dan bahagian sotong yang keras, akan dimuntahkan semula oleh ikan paus. Tapi terdapat kes-kes yang jarang berlaku, sisa yang tak dihadam ini akan bergerak ke usus ikan paus dan menjadi satu gumpalan. Secara perlahan-lahan gumpalan tersebut akan bertukar menjadi ambergris yang padat dan kekal di dalam perut ikan paus tersebut selama bertahun-tahun. Dikatakan juga ambergris ini sebenarnya melindungi organ dalaman ikan paus dari paruh sotong yang tajam.

 

View this post on Instagram

 

Diving with giants 🐋 @jferraragallery: In my short 3 year photography journey I’ve had the opportunity to enjoy many of the ocean’s treasures and I am just scratching the surface… but this day is one that will be hard to beat for as long as I live! . Photo by: @keriwilk Diver: @jferraragallery (taken under permit)

A post shared by Whales Nation (@whalesnation) on

Bagaimana ambergris keluar dari usus ikan paus dikatakan ia keluar bersama-sama dengan najis dan terapung di laut. Sperm whale hidup di seluruh dunia dan menjadikan ambergris sebagai bahan yang boleh didapati di mana-mana laut atau pantai seluru dunia. Tetapi ianya jarang dijumpai dan kalau ada bangkai ikan paus yang terdampar di tepi pantai pun, hanya 5% dari kesemua bangkai je yang ada ambergris. Populasi paus jantan juga cuma menghasilkan 3% – 4% sahaja bahan rare ni.

DIGUNAKAN DI DALAM MINYAK WANGI

Ambergris sering digunakan di dalam pembuatan minyak wangi. Ambrein, sejenis alkohol tanpa bau, diekstrak daripada ambergris dan digunakan untuk menjadikan aroma minyak wangi tahan lebih lama. Selama beratus-ratus tahun, kualiti ambergris di dalam minyak wangi telah dikategorikan mengikut warnanya, dengan minyak wangi terbaik yang diperbuat daripada ambergris bewarna putih tulen. Ambergris hitam adalah yang paling tidak berharga kerana mengandungi ambrein yang paling sedikit.

BAHAN ‘RARE’ DIJUMPAI

Pada tahun 2016, seorang nelayan di Oman bernama Khalid Al Sinani berjaya menemui ambrigis seberat 60 kilogram! Sumpah tu memang berat gila. Dikatakan semasa dia pulang dari kerja di laut, dia terhidu satu bau yang sangat busuk tak jauh dari kapalnya. Bila dia check, dia nampak satu objek besar yang terapung di atas laut. Dianggarkan ambergris yang dijumpainya boleh mencecah nilai 3 juta USD. Dalam sekelip mata dia menjadi jutawan segera. Memang tak payah jadi nelayan lagi lah.

KATALAKI: Boleh mulakan misi pencarian ‘muntah’ ikan paus ni…

Last modified: 18 May 2020