Misi 4 Tentera Amerika Kembali Ke Vietnam

Sembang, ZAP, ZeKool

Perang Vietnam berlaku pada 1 November 1955 apabila negara Vietnam terbahagi kepada dua, North Vietnam yang menerima sokongan daripada China, Soviet Union dan Korea Utara berperang dengan South Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat, Korea Selatan, New Zealand, Laos dan Thailand, berlanjutan selama 19 tahun, tamat pada 30 April 1975 dengan terbentuknya sebuah negara gabungan North Vietnam dan South Vietnam, dikenali sebagai Socialist Republic of Vietnam atau Vietnam.

Yang terkini, Netflix baru je mengeluarkan trailer terbaru mengenai filem Da 5 Bloods yang ada kena-mengena dengan perang Vietnam, mengisahkan tentang 4 orang bekas tentera Paul (Delroy Lindo), Otis (Clarke Peters), Eddie (Norm Lewis) dan Melvin (Isiah Whitlock, Jr.) yang pernah terlibat dalam perang Vietnam, kembali ke Vietnam untuk mencari ketua dorang, dilakonkan oleh Chadwick Boseman yang tertinggal di bumi Vietnam. Dalam masa yang sama, dorang ada gak misi lain iaitu mencari longgokan emas yang tersorok di dalam hutan Vietnam. Yang belum lagi tengok trailer Da 5 Bloods, boleh tengok dulu kat bawah ni.

Da 5 Bloods diarahkan oleh pengarah ternama iaitu Spike Lee yang menerapkan beberapa isu berkaitan dengan perang Vietnam, askar berkulit gelap yang berperang demi Amerika Syarikat dan kisah pembunuhan Martin Luther King Jr. yang membangkitkan isu perkauman di Amerika Syarikat. Kalau korang tak berapa kenal siapa pengarah filem Da 5 Bloods ni, Spike Lee terkenal hasil pengarahan bermutu menerusi filem Malcolm X (1992), Inside Man (2006) dan BlacKkKlansman (2018) yang berjaya menang anugerah di Academy Awards pada tahun 2019.

Kalau korang dah lama ternanti-nanti untuk tengok lakonan Chadwick Boseman yang kali terakhir melakonkan watak Black Panther menerusi filem Avengers: Endgame pada tahun 2019, filem ni mungkin berjaya memuaskan hati korang memandangkan filem Da 5 Bloods melibatkan aksi lasak, tembak-menembak di dalam hutan Vietnam dan yang paling penting, filem Da 5 Bloods boleh ditonton di Netflix bermula 12 Jun 2020. Ada lagi filem baru yang kita boleh tengok kat rumah sementara nak tunggu panggung wayang kembali beroperasi seperti biasa.

Setakat ni filem Netflix mana satu yang kena dengan selera korang? Filem The Irishman, Marriage Story dan Dolemite Is My Name antara filem-filem Netflix yang wajib korang tonton.

KATALAKI: Fuhh lepas la rindu nak tengok T’Challa kembali beraksi!

Last modified: 20 May 2020