Perjalanan Harimau Malaya untuk perlawanan pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 kembali bersambung selepas Harimau Malaya tewas 1-0 kepada Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi pada 10 Oktober 2019 hari tu. Setakat ni, Harimau Malaya berada di tempat ke-4 dalam kumpulan G, di belakang Thailand, Vietnam dan UAE.
2022 World Cup/2023 Asian Cup Qualifiers | Thursday, 10th October 2019
Full Time
VIETNAM 1-0 MALAYSIA
Nguyen Quang Hai 40′FOTO: Kamarul Akhir | @asianadotmy#FAM #HarimauMalaya #AsianQualifiers pic.twitter.com/M4atE4gX5R
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 10, 2019
Kedudukan Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023
Kumpulan G
(Selepas Hari Perlawanan 4)INDONESIA 🇮🇩 1-3 🇻🇳 VIETNAM
THAILAND 🇹🇭 2-1 🇦🇪 UAE* Seterusnya Hari Perlawanan 5 pada 14 November 2019#FAM #HarimauMalaya #AsianQualifiers pic.twitter.com/cHulWgvslw
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 15, 2019
Harimau Malaya masih lagi berpeluang untuk layak bertanding di Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 sekiranya Harimau Malaya mampu untuk menang tiga perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil menentang Thailand (14 November 2019), Indonesia (19 November 2019) dan Vietnam (31 Mac 2020).
Jadual Perlawanan Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023
Berikut jadual penuh lapan perlawanan yang bakal dihadapi skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe bagi saingan Kumpulan G dari 5 September 2019 hingga 9 Jun 2020.#FAM #HarimauMalaya #AsianQualifiers pic.twitter.com/OAyWWY6BLY
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 17, 2019
Sebelum turun menentang pasukan Thailand pada 14 November 2019 nanti, Harimau Malaya akan menentang Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil terlebih dahulu pada 9 November 2019. Setakat 24 Oktober 2019, Tajikistan berada di kedudukan yang ke-116 dan Harimau Malaya berada di kedudukan yang ke-158 dalam senarai FIFA World Ranking.

Image Via : fifa.com
Tiket untuk perlawanan menentang Tajikistan, Thailand dan Indonesia dah boleh dibeli sama ada secara online atau pun kalau korang nak beli kat kaunter. Boleh tengok info kat bawah ni yang dikongsikan oleh FAM.
Siaran Media: FAM Beri Diskaun Lebih 60%; Harga Tiket Aksi Bertemu Tajikistan Serendah RM10
FAM umum pemberian diskaun sehingga lebih 60% bagi tiket perlawanan bertemu Tajikistan, Sabtu ini dengan harga serendah RM10.
Baca penuh di https://t.co/UfyucBvKfs#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/a2js6y3Zxz
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 5, 2019
Untuk info, kali terakhir Harimau Malaya menentang Thailand adalah pada tahun 2018 di perlawanan separuh akhir Piala AFF, Malaysia berjaya tewaskan Thailand untuk layak ke perlawanan akhir dengan kelebihan gol di tempat lawan.
2018 AFF Suzuki Cup Semi-Final 2 | Wednesday, 5 December 2018
Full Time
THAILAND 2-2 MALAYSIA
Irfan Zakaria-OG 21′ Pansa Hemviboon 63′; Syahmi Safari 28′ Norshahrul Idlan Talaha 71′* Malaysia qualified for the final on away goals rule #FAM #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup18 pic.twitter.com/m1yk3IYb5C
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 5, 2018
KATALAKI: Mari kita penuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil macam perlawanan separuh akhir Piala AFF hari tu!