Misteri Disebalik ‘Orang Lumpur’ Papua New Guinea

Sembang, ZAP, ZeKool

Dalam zaman yang serba canggih dan serba moden ni jangan tak sangka bahawa masih ada lagi suku kaum atau puak yang terpisah dari kemodenan dunia. Terpisah dari kemodenan ni bukan setakat tak menggunakan teknologi terkini, tapi tak menggunakan teknologi asas seperti tenaga elektrik. Puak yang dikenali dengan nama ‘Asaro Mudmen’ ini tinggal di luar perkampungan Goroka di Papua New Guinea. Puak ini kelihatan agak misteri kerana mengenakan kostum topeng diperbuat daripada lumpur yang menyerupai jembalang hutan. Kalau terserempak dengan puak ni dalam hutan mungkin kita boleh pengsan sebab terkejut dengan penampilan mereka. Tapi mungkin juga itu merupakan keunikan puak Asaro Mudmen yang masih kekal sehingga kini.

ASAL USUL PUAK ASARO MUDMEN

Terdapat kisah lagenda di sana yang mengatakan puak Asaro Mudmen ini pernah dikalahkan oleh musuh mereka dari puak lain dan memaksa mereka untuk melarikan diri ke Sungai Asaro. Semasa bersembunyi, badan mereka dipenuhi dengan lumpur berwarna putih kerana tempat itu memang penuh dengan lumpur. Menjelang waktu senja, puak Asaro Mudmen segera menyambung escape plan mereka. Walau bagaimanapun, puak musuh yang ternampak mereka bangun dari tempat persembunyian terkejut melihat puak Asaro Mudmen yang dipenuhi dengan lumpur dan menyangka mereka dah bertukar menjadi roh. Nasib baik juga lah kebanyakan puak ketika itu takut dengan jelmaan roh dan sekaligus telah membuatkan Asaro Mudmen menjadikan ia sebagai kekuatan mereka.

 

View this post on Instagram

 

The final tribe I’m visiting on this adventure is truly unlike any other. They are bizarre, creepy, and utterly fascinating. I had to share some of the video I shot as photos don’t do them justice. Turn up the volume, as I present to you…The Asaro Mudmen. . . . . . #goroka #asaromudmen #mudmen #asaro #spirits #traditions #tribal #tribes #pngproud #newguinea #papuanewguinea #png #adventuretravel #beautifuldestinations #discoverearth #traveling #travelvideo #travelvideographer #travels #travelpic #traveldeeper #instagood #travel #video #instavid #instagramvideo #videogram #instavideo #votd

A post shared by Michael Van Gorkom (@mikevangorkom) on

Jadi sebenarnya secara kebetulan juga lah puak Araso Mudmen ni berketerampilan seperti jembalang hutan. Ia bagi tujuan keselamatan mereka juga daripada ancaman puak lain. Pada asalnya mereka hanya melumurkan lumpur ke badan mereka untuk kelihatan seperti roh, tetapi hari ini dapat dilihat puak Araso Mudmen memakai juga topeng lumpur yang menakutkan sebagai tanda penghormatan kepada roh-roh di dalam hutan. Tetapi kisah ini hanya lah kisah lagenda yang diceritakan secara turun temurun.

KISAH LAGENDA VERSI 2

Satu lagi kisah lagenda yang diceritakan adalah tradisi melumurkan lumpur ke badan dan memakai topeng lumpur menyerupai jembalang hutan bermula daripada satu majlis perkahwinan puak tersebut. Diceritakan satu pasangan dari puak itu bakal melangsungkan perkahwinan tetapi tetamu yang hadir harus memakai pakaian tradisional masing-masing. Tapi satu lelaki dari puak tersebut tidak mempunyai pakaian tradisional. Jadi dia pun menghasilkan satu kostum topeng daripada bag tali dan melumurkan badanya dengan lumpur. Bila tiba di majlis perkahwinan tersebut, semua tetamu menyangka dia adalah hantu. Majlis yang sepatutnya diraikan oleh orang ramai bertukar  menjadi mimpi ngeri buat mereka selepas masing-masing melarikan diri selepas menyangka lelaki tersebut adalah hantu.

Sememangnya asal usul puak ini masih menjadi tanda tanya disebabkan hanya sedikit sahaja sejarah tentangnya yang ditulis. Maka, muncul banyak juga lah teori-teori tentang puak Asaro Mudmen ini. Disebabkan ini juga ada diantara mereka yang tidak tahu pun berapa umur mereka disebabkan tarikh lahir mereka tidak ditulis. Mungkin tu yang jadi kes umur dah 30 tahun tapi masih mengaku umur 18 tahun sebab tak tahu lahir tahun bila. 

Siapa nak datang melawat dan lihat sendiri keunikan puak Asaro Mudmen ini boleh lah melancong ke Papua New Guinea. Tapi perlu melalui travel agency lah sebab tak boleh datang main redah je.

KATALAKI: Rasanya asal usul puak ni masih kekal misteri sebab tak tahu apa kisah sebenar disebalik ‘Orang Lumpur’ ini…

Last modified: 20 August 2020