Misteri Kapal SS Ourang Medan!

Sembang

Baru-baru ini, video games developer Supermassive Games ada menunjukan game terbaru dorang yang bernama Man of Medan. Game ini merupakan game pertama untuk siri Dark Picture Anthology yang mana akan dikeluarkan oleh Bandai Namco untuk PS4, Xbox One dan juga PC pada 20 August 2019 nanti.

Tapi aku bukan nak bercakap tentang video game ini, tapi aku nak cerita tentang kapal berhantu yang dorang masukan dalam game ini. Kapal yang aku nak cerita ini adalah SS Ourang Medan. Untuk pengetahuan korang, Kapal SS Ourang Medan ini benar-benar wujud dan terdapat satu kisah misteri yang terjadi kepada anak-anak kapal SS Ourang Medan.

Ada yang menyatakan kisah ini terjadi pada June 1947 dan ada juga yang cakap ia terjadi pada February 1948. Tapi tak kisahlah bila ia terjadi sebab semua yang bermula dengan cerita yang sama iaitu satu panggilan kecemasan yang telah dihantar oleh kapal SS Ourang Medan melalui morse code yang diterima oleh kapal-kapal lain yang berada di perairan Selat Melaka berhampiran Sumatra dan Malaysia.

Pesanan tersebut terbahagi kepada dua. Pesanan pertama berbunyi “All officer, including the Captain, are dead. Lying in Chartroom and bridge. Possibly whole crew dead.” dan pesanan kedua pula cuma berbunyi “I die.” Tiada pesanan lain yang diterima dan dua kapal commercial America mengambil keputusan untuk membantu kapal SS Ourang Medan selepas berjaya mengesan kedudukan kapal tersebut.

Kapal pertama yang datang adalah kapal dari Amerika Syarikat iaitu The Silver Star. Mereka menjumpai kapal SS Ourang Medan bergerak tanpa kuasa dan lampu. Mereka cuba untuk menghubungi kapal SS Ourang Medan sebelum mereka memasuki kapal tersebut namun tiada jawapan.

Akhirnya kapten dan anak kapal Silver Star mengambil keputusan untuk menaiki kapal SS Ourang Medan untuk menyiasat. Sebaik sahaja berjaya menaiki kapal tersebut, kapten dan anak kapal Silver Star terkejut dengan apa yang dorang nampak dan mengatakan keadaan kapal SS Ourang Medan tidak ubah seperti dalam filem seram.

Diatas kapal tersebut, banyak mayat-mayat crew SS Ourang Medan yang bergelimpangan. Tubuh badan mereka dikatakan keras membeku seperti baru keluar daripada peti ais. Mata dan mulut mereka terbeliak dan ternganga seolah-olah mereka melihat sesuatu yang menakutkan sebelum mereka mati.

Diatas dek kapal tersebut juga mereka terjumpa satu mayat anjing yang membeku dan keadaan anjing tersebut seperti ia sedang menyalak sebelum ia membeku. Mereka meneruskan pencarian untuk mencari crew kapal yang lain. Mereka menjumpai kapten dan jurupandu arah di bilik pandu arah kapal. Seperti anak kapal lain, mereka juga mati dalam keadaan ketakutan dan mayat mereka keras seperti batu.

Akhir sekali mereka menjumpai radio operator yang menghantar isyarat kecemasan di bilik radio. Apa yang membuatkan keadaan mayat crew SS Ourang Medan ini lebih pelik adalah tiada satu mayat pun yang dijumpai ada tanda-tanda kecederaan dan kapal tersebut juga dijumpai dalam keadaan yang elok tanpa kerosakan atau tanda-tanda diserang.

Kapten dan anak kapal Silver Star mengambil keputusan untuk mengikat dan menarik kapal SS Ourang Medan untuk dibawa ke pelabuhan untuk disiasat dengan lebih lanjut. Tapi sebaik saja mereka siap mengikat kapal SS Ourang Medan pada kapal Silver Star, asap tebal mula keluar daripada kapal SS Ourang Medan!

Api marak mula keluar daripada bahagian bawah kapal, crewcrew Silver Star yang masih berada di kapal SS Ourang Medan mengambil keputusan untuk lari dan memotong tali yang menyambungkan kapal dorang dengan kapal SS Ourang Medan. Sebaik sahaja tali diputuskan, kapal SS Ourang Medan telah meletup dan tenggelam di dalam laut.

Berita rasmi tentang kejadian ini telah dilaporkan oleh sebuah surat khabar Netherlands pada tahun 1948 dan kemudiannya dilaporkan pada US Coast Guard Report pada tahun 1952. Sehingga kini, ia masih lagi menjadi misteri tentang apa yang telah terjadi kepada anak kapal SS Ourang Medan.

Ada yang menyatakan yang kapal ini sebenarnya membawa cecair kimia dari Jepun, khasnya dari kem 731 yang merupakan sebuah kem yang terkenal dengan experiment kejam yang dorang lakukan kepada tahanan perang dorang. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang kem 731, korang boleh baca dekat SINI.

Kemungkinan besar cecair kimia yang dibawa oleh kapal SS Ourang Medan telah tersebar dan crewcrew kapal ini mati kerana terdedah oleh cecair tersebut. Apa yang membuatkan misteri kapal SS Ourang Medan ini lagi menarik adalah apabila nama kapal ini disebut dalam satu surat yang ditulis oleh C.H Marck, pembantu kepada CIA Director pada masa itu.

Surat ini telah didedahkan sendiri oleh CIA namun nama kepada siapa surat ini dikirimkan telah dipadam. Surat yang bertarikh 5 December 1959 menunjukan Marck menerangkan apa yang terjadi kepada crew dan kapal SS Ourang Medan. Terdapat satu lagi statement dalam surat ini yang bagi aku agak seram yang ditulis oleh Marck iaitu:

“I fell sure that the SS Ourang Medan tragedy holds the answer to many of these airplane accidents and unsolved mysteries of the sea”

Adakah kapal SS Ourang Medan telah diserang oleh sesuatu yang paranormal? Kenapa pembantu kepada CIA Director berminat tentang kisah kapal ini dan siapakah penerima surat yang cuba dihantar oleh C.H Marck? Semua ini masih lagi menjadi misteri sehingga hari ini!

KATALAKI: Terdapat beberapa movie yang yang mengambil inspirasi daripada kejadian kapal SS Ourang Medan contohnya seperti Death Ship yang dikeluarkan pada 1980 dan Ghost Ship yang dikeluarkan pada tahun 2002!

Last modified: 24 June 2019