Misteri Kewujudan Stonehenge

Sembang

Stonehenge, salah sebuah tempat yang telah disenaraikan di dalam 7 Wonders of the World. Kewujudan dan apa sebab tempat ini dibina masih lagi menjadi tanda tanya sehingga sekarang. Bagi korang yang tak tahu, Stonehenge merupakan kawasan bersejarah yang terletak di United Kingdom. Kawasan ini telah dibina dengan tiang batu yang disusun dalam satu bulatan.

Walaupun kawasan ini nampak seperti biasa dan tidaklah sehebat binaan Pyramid yang terletak di Mesir, namun apa yang membuatkan kawasan ini menarik adalah ia dikatakan telah dibina pada 5,000 tahun dahulu!

Pada zaman itu, manusia dikatakan tidak mempunyai apa-apa kelengkapan yang membolehkan mereka membina Stonehenge ini. Kawasan ini juga dikatakan telah mengambil masa selama 1,500 tahun untuk disiapkan.

Ada yang berpendapat Stonehenge ini telah dibina oleh pelbagai manusia dari zaman yang berbeza. Setiap daripada mereka menyambung kembali apa yang manusia sebelum mereka telah bina sehinggalah ini siap sepenuhnya.

Kawasan ini pada mulanya dibina dengan menggunakan tanduk rusa oleh manusia pada zaman neolitik. Mereka telah mengali satu lubang besar dan kemudianya menyusun batang-batang kayu balak disekeliling lubang tersebut.

Binaan ini bertahan sehingga beratus tahun kemudian sehinggalah manusia pada zaman tersebut mengambil keputusan untuk merubah binaan tersebut. Mereka kemudiannya telah menggunakan 80 biji Bluestone untuk menggantikan kayu-kayu balak itu tadi.

Akhir sekali pada zaman 2,000BC, manusia pada zaman tersebut sekali lagi telah merubah binaan Stonehenge dengan menggunakan Sandstone bagi menggantikan Bluestone sebelum ini. Mereka juga turut membina seakan-akan pintu gerbang bagi mencantikkan lagi kawasan Stonehenge ini.

Satu lagi fakta yang menarik tentang binaan Stonehenge ini adalah ianya telah dibina sebelum manusia mencipta tayar dan kenderaan. Ini bermaksud mereka mengangkat Sandstone yang seberat 40 tan daripada kawasan asalnya iaitu sejauh 40 kilometer!

Bluestone yang digunakan sebelum itu pula adalah seberat 4 tan telah diambil dan dibawa sejauh 322 kilometer dari kawasan asal batu tersebut. Sama ada manusia zaman dulu sememangnya kuat gila ataupun ada satu kuasa lain yang telah membantu mereka membawa bahan binaan ini ke kawasan Stonehenge ini dibina.

Tapi persoalannya sekarang, kenapa Stonehenge ini dibina? Menurut cerita-cerita mitos, kawasan Stonehenge ini sebenarnya merupakan kawasan memorial askar-askar British yang telah terkorban semasa berperang dengan askar Saxon

Bagi memperingati askar-askar yang telah terkorban, pakcik kepada King Arthur telah mentitahkan mereka membina satu tugu peringatan dikawasan tersebut. King Arthur telah mengarahkan beberapa orang askar ke Ireland bagi mengambil batu yang dipanggil sebagai Giant Ring.

Giant Ring ini pula dikatakan dibina oleh gergasi-gergasi pada zaman dahulu menggunakan African Bluestone. Mereka telah dihalang oleh askar Irish yang mengawal kawasan tersebut namun berjaya mengalahkan askar-askar tersebut.

Ketika hendak mengambil batu-batu ini, mereka tidak berjaya menggerakan batu tersebut lalu ahli sihir Merlin yang juga merupakan kawan baik kepada King Arthur telah menggunakan sihir beliau untuk membawa kesemua batu ini dan meletakkannya dikawasan Stonehenge sekarang.

Menurut mitos juga, King Ambrosias dan juga ayah kepada King Arthur iaitu King Uther telah disemadikan di tengah-tengah Stonehenge. Pada abad ke-17, John Aubrey yang merupakan seorang Archaeologist telah mendakwa Stonehenge ini sebenarnya telah dibina oleh Celtic High Priests yang mengelarkan diri mereka sebagai Druids.

Disebabkan itu sehingga hari ini, beberapa orang yang menggelarkan diri mereka sebagai Modern Age Druids akan berkumpul dikawasan ini untuk melakukan beberapa upacara pemujaan.

Sehingga hari ini, tiada lagi bukti sah yang menunjukan siapakah orang yang bertanggungjawab membina Stonehenge dan apakah sebab mereka membina kawasan Stonehenge ini. Adakah betul sebenarnya ia dibina oleh makhluk asing? 

KATALAKI: Korang rasa alien atau manusia biasa yang bina Stonehenge ni?

Last modified: 13 August 2019