Mitos Bulan Puasa Yang Korang Pernah Percaya

Sembang, ZAP, ZeKool

Puasa merupakan satu ibadah wajib ke atas umat Islam yang telah memenuhi syaratnya. Tapi kita sudah dari kecil diajar untuk berpuasa. Ada yang seawal usia 5 tahun sudah diajar berpuasa, walaupun puasa setengah hari. Antara larangan ketika puasa, semestinya yang paling obvious adalah larangan makan dan minum dari terbit matahari sampai lah terbenam matahari. Selain itu, amalan bulan puasa yang sering kita buat adalah solat tarawih dan ibadah-ibadah sunat lain yang digalakkan untuk mengimarahkan lagi bulan Ramadan. Walaupun kebanyakan larangan dan amalan yang kita dah pelajari atau ketahui, ada juga sebenarnya mitos-mitos bulan puasa yang mungkin kita masih percaya.

KALAU MENGANDUNG TAK BOLEH BERPUASA LANGSUNG

Mungkin ada yang pernah dengar pasal ni dan masih perpegang dengan kepercayaan ni. Sekiranya wanita yang sedang mengandung yakin bahawa dia berada dalam keadaan yang sihat, dan yakin bayi di dalam kandungan juga sihat serta telah mendapatkan nasihat doktor, maka dia dibenarkan untuk berpuasa. Sekiranya wanita tersebut memilih untuk tidak berpuasa demi kesejahteraan kandungannya dan kesihatannya, kena lah ganti puasa tersebut. Rasanya waktu kecil dulu pun aku pernah dengar pasal benda ni.

SOLAT TARAWIH MINIMUM 8 RAKAAT KE?

Secara amnya, rakaat minimum bagi semua solat sunat adalah dua rakaat. Memandangkan solat tarawih merupakan solat sunat, maka dua rakaat pun sudah memadai. Pada zaman Rasulullah S.A.W, solat sunat tarawih dikerjakan sebanyak lapan rakaat saja supaya tidak menimbulkan beban. Tambahan lagi, Rasulullah S.A.W tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu di lakukan dalam solat tarawih. Mungkin lepas ni kalau korang rasa macam berat je badan, nak buat dua rakaat pun tak apa.

MASUK WAKTU IMSAK DAH TAK BOLEH MAKAN

Yang ni dekat 20 tahun juga lah baru aku tahu. Sebenarnya waktu imsak tu, yang 10 minit lagi sebelum waktu subuh, merupakan indicator atau pemberitahu waktu subuh dah nak dekat. Masuk sahaja waktu subuh atau terdengar je azan subuh, baru lah kita tak boleh makan dah sebab puasa sudah bermula.

LUPA NIAT PUASA TAK BOLEH BERPUASA

Jangan risau guys puasa tu masih sah walaupun kita terlupa niat malam sebelum puasa. Asalkan kita memang sudah ada niat untuk berpuasa keesokkan harinya. Ada juga ulama yang menyarankan untuk berniat keesokkan harinya jika malam sebelum tu lupa nak niat. Cara paling selamat adalah untuk niat berpuasa sebulan terus. Tapi still kena niat puasa macam biasa juga setiap malam. Niat puasa sebulan tu sebagai backup kalau kita terlupa niat puasa untuk esok hari.

KALAU KENA INJECTION BATAL PUASA

Tidak. Sebarang suntikan bagi tujuan perubatan adalah tidak membatalkan puasa. Jangan pula lepas ni pergi jumpa doktor, kena injection balik rumah terus makan sebab ingat dah batal puasa. Kena ganti puasa lah bro.

GUNA INHALER PUN BATAL PUASA

Memasukkan objek asing ke dalam rongga mulut boleh membatalkan puasa. Walau bagaimanapun, memasukkan atau menyedut inhaler bagi tujuan perubatan adalah dibenarkan dan tidak membatalkan puasa.

GOSOK GIGI SEMASA BERPUASA

Ia merupakan perkara yang makruh, tapi tidak membatalkan puasa. Kita dibenarkan untuk gosok gigi dan berkumuh untuk mengelakkan bau mulut, tetapi perlu berjaga-jaga jangan sampai tertelan air kumuhan tu. Terdapat satu hadis oleh Imam Tirmizi yang diriwayatkan oleh seorang sahabat Rasulullah S.A.W., Rabi’ah r.a yang menyebut bahawa dia telah melihat Rasululah s.a.w. berkali-kali menggosok gigi menggunakan siwak ketika baginda sedang berpuasa.

Jadi itu lah antara mitos-mitos semasa bulan puasa yang menjadi kepercayaan antara kita semua. Sebenarnya untuk penjelasan soal agama yang lebih details, lebih baik rujuk kepada yang ahlinya seperti ulama-ulama atau mufti. Semoga perkongsian yang kecil dan disampaikan secara ringkas ini memberi manfaat kepada korang di bulan puasa yang mulia ini.

KATALAKI: Sekurang-kurangnya ada perkara yang kita percaya dahulu tapi dah dijelaskan sekarang…

Last modified: 1 May 2020