Mobile Games Yang Tengah ‘IN’ Dekat Malaysia

Game, Tech

Jika dulu kita cuma boleh bermain video game pada komputer atau konsol seperti Playstation & Xbox. Tapi sekarang dengan smartphone yang semakin canggih, Permainan mobile games menjadi semakin popular.

Tak dilupakan dengan penerimaan E-Sport yang semakin meningkat, sebahagian permainan mobile games ini jugak mula diserap masuk ke dalam pertandingan E-Sport. Jom kita tengok 5 mobile games yang popular dikalangan rakyat Malaysia.

 

  1. MOBILE LEGENDS : BANG BANG

Mobile Legend : Bang Bang merupakan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) yang sangat popular bukan sahaja dimalaysia malahan seluruh dunia.

Didalam Mobile Legends korang akan dimasukan kumpulan secara rawak & dan korang akan bermain bersama pemain lain dari seluruh dunia ataupun korang boleh memilih untuk satu pasukan dengan kawan-kawan korang.

Terdapat lebih dari 60 Heroes yang korang boleh pilih dan setiap heroes mempunyai cara serangan dan kemahiran yang berbeza-beza.

Mobile Legends : Bang Bang juga merupakan salah satu mobile games yang telah diserap masuk didalam E-Sport. Jadi kalau korang rasa korang power, cuba masuk mana-mana pertandingan Mobile Legends mana tahu satu hari nanti team korang bakal mewakili Malaysia.

 

  1. PUBG MOBILE

PUBG MOBILE yang pada mulanya popular dikalangan PC Gamers, kini telah mengorak langkah masuk kedalam mobile games.

Sama seperti PUBG versi PC, PUBG Mobile merupakan permainan bersifat Battle Royale dimana korang bersama 99 permain lain akan ditempat disatu pulau untuk cuba membunuh pemain lain sehingga habis permainan.

Pemain terakhir yang mampu bertahan sehingga akhir permainan akan diberi gelaran “Winner Winner, Chicken Dinner”. Mobile games PUBG Mobile ini boleh dimainkan di Smartphone Android dan jugak IOS.

 

  1. THE SIMS MOBILE

Tak puas bermain The Sims pada PC dan Console? Sekarang korang jugak boleh main The Sims pada Smartphone korang.

Bagi yang tidak pernah bermain permainan ni, The Sims Mobile merupakan permainan simulasi dimana korang kene buat avatar watak korang sendiri. setelah selesai membuat avatar, korang akan cuba mengawal kehidupan avatar korang.

Korang boleh memilih kerja, rumah malah pasangan hidup korang dalam permainan ini. The Sims Mobile jugak merupakan permainan Multiplayer dimana korang boleh bermain bersama-sama kawan korang.

  1. CLASH ROYALE

 

Clash Royale merupakan spin-off untuk mobile games Clash Of Clan. Didalam permainan ini, korang mesti mempertahankan Tower korang dari dimusnahkan oleh pemain lain.

Setiap pemain mempunyai 3 tower dimana tower tengah merupakan “King Tower”. Untuk memusnahkan tower pihak lawan, korang harus menggunakan 8 jenis kad yang boleh digunakan untuk menyerang dan juga untuk mempertahankan tower korang dari diserang pihak lawan.

Didalam Clash Royale jugak korang Tag-Team dengan kawan korang untuk melawan pemain lain. Setiap sesi bertempoh 3 minit. Siapa yang berjaya memusnahkan King Tower atau memusnahkan paling banyak tower selepas tamat tempoh 3 minit akan menjadi pemenang.

  1. ARENA OF VALOR (AOV)

Permainan Arena Of Valor ataupun lebih dikenali dengan nama AOV merupakan 1 lagi permainan 5 vs 5 sama seperti Mobile Legend : Bang Bang.

Mempunyai 57 Heroes yang korang boleh pilih, Fokus permainan ini adalah untuk memusnah tower pihak musuh sehingga Core Tower yang terdapat pada base pihak lawan dapat dimusnahkan.

Apa yang menariknya untuk Arena Of Valor ini, Mereka telah berkerjasama dengan DC dengan memasukan 4 watak DC didalam permainan ini iaitu watak Superman, Batman, Joker dan baru-baru ini watak Wonder Women.

KATALAKI : Jadi yang mana satu mobile games kegemaran korang? Cuba share mobile games apa lagi yang korang main.

Last modified: 15 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *