Momen² Paling Tak Masuk Akal Dalam Sukan

Aktif

Dalam perlawanan sukan tak kira sama ada bola sepak, bowling, mahupun sukan-sukan yang melibatkan aksi lasak susah kita nak bajet perkara-perkara yang dirancangkan untuk menjadi dengan sempurna dan kadang-kadang tu moment yang tak dijangka mahupun disangkakan boleh terjadi dengan begitu saja.

Ada yang katakan sebagai fluke atau pun memang luck tersebut ada pada pemain sukan yang diacarakan rasa macam tak masuk dek akal tapi ternyata real. Jom usha moment yang boleh dikatakan sebagai impossible pernah terjadi dalam sukan antarabangsa!

FLYING EAGLE SHOT

Ini mungkin adalah antara hayunan bola bowling yang terbaik dalam sejarah sukan bowling yang pernah kita semua saksikan. Dalam satu perlawan bowling yang disertai oleh Chris Barnes yang merupakan seorang American professional bowler. Hasil hayunan yang dilakukan oleh Chris Barnes ini dinamakan sebagai Flying Eagle kerana bukan saja Chris dapat mencapai mata spare tetapi dengan shot yang dilakukan oleh Chris ini juga berjaya menjatuhkan pin di lane sebelah kanan. Power gila!

Chris Barnes ni bukan professional bowler yang biasa-biasa sebab Chris ni dikenali sebagai antara trick-shot bowlers dalam scene bowling. Trick Flying Eagle ni juga telah banyak kali berjaya dilakukan oleh Chris. Tak lupa juga, Chris ni antara bowlers yang boleh menhayun bola bowling mengunakan tangan kirinya.

TENDANGAN BASIKAL ZLATAN! 

Zlatan Ibrahimović telah berjaya melaku antara bicycle kick yang boleh dikatakan agak impossible untuk dilakukan dalam perlawanan friendly match Sweden menentang England pada tahun 2012. Didalam match sengit ini juga, Zlatan berjaya menjaringkan empat gol buat pasukan negaranya!

Z SHOT

Dalam sebuah perlawanan pool pada tahun 1995, seorang pemain pool professional yang dikenali sebagai Efren Reyes telah melakukan sebuah shot yang berbentuk zig-zag dan shot tersebut berjaya menempatkan Efren Reyes sebagai antara pemain pool yang berjaya melakukan shot yang mustahil dilakukan dalam sejarah sukan pool. Efren Reyes ini digelarkan sebagai The Magician kerana kehandalan beliau memenangi lebih daripada 80 gelaran antarabangsa sukan pool.

POKOK HOLE IN ONE

Untuk sukan golf pula. Memang diketahui ramai bahawa shot yang terbaik tentunya adalah shot yang digelarkan sebagai hole in one. Namun shot hole in one yang dilakukan oleh James Kingston adalah antara shot hole in one paling bertuah sebab bola golf tersebut terkena pokok dan berjaya masuk ke dalam lubang!

PIN HIDUP KEMBALI

Ketika sedang bersaing dalam kejohanan Bowling Men’s Championships yang berlangsung di Abu Dhabi, pemain professional Bill O’Neills yang mewakili pasukan USA telah melakukan sebuah strike yang sempurna namun salah satu daripada pin bowling tersebut telah jatuh dan berdiri kembali ke posisi lalu menjadikan shot tersebut sebagai strike yang tak menjadi. Chris O’Neill terpaksa melakukan spare selepas itu. Kesian weyh

BOLA CELAH KANGKANG

Apabila pemain professional tennis Pablo Cuevas membalas asakan ketika menentang Stefanos Tsitsipas dalam perlawanan Estoril Open pada tahun 2019. Ramai para penyokong terus memberikan standing ovation kepadanya. Ini disebabkan pukulan bola dicelah kaki atau Tweener shot yang dilakukan oleh Pablo Cuevas, ianya dilakukan secara bersahaja oleh Pablo Cuevas. Pukulan bola tennis tersebut dikatakan sangat rare dan susah untuk dilakukan, apatah laku dilakukan dengan bersahaja macam Pablo.

LANDING KEMENANGAN

Pemain NFL Jerome Simpson telah melakukan lompatan yang bertuah apabila beliau cuba untuk mengelakkan asakan daripada defender pihak lawan. Lompatan yang digelarkan sebagai Front Flip yang dilakukan oleh Jerome dapat lihat begitu smooth serta menghasilkan touchdown buat pasukannya.

ROLL UNDER THE NET

Tahu tak kalau korang pukul bola pingpong bawah net pun masih dikira sebagai point. Ini yang terjadi kepada seorang pemain daripada China, Fan Zhendong yang berjaya pull off pukulan under the net dimana bola ping pong tersebut terkena meja dan pihak lawannya Simon Gauzy hanya melihat bola ping pong tu berlalu begitu saja dengan muka yang sangat terkejut.

POLE VAULT TINGGI

Atlet yang berasal daripada Kanada Alysha Newman telah membuktikan sesuatu yang mustahil dalam sukan Pole Vault atau lompat galah apabila beliau berjaya melakukan personal record dengan lompatan setinggi 4 meter 82 sentimeter dan menempatkan beliau di tangga pertama dalam acara sukan lompat gajah IAAF Diamond League 2019 yang berlangsung di Paris, Perancis. Para penonton dapat dengar bagaimana jeritan penuh kepuasan Alysha ketika berjaya melepasai halangan yang tinggi. Memang puas sebab tinggi gila kot!

KATALAKI: Nak kata luck pun ya, sebabkan diorang terrer pun ya jugak kan?

Last modified: 28 July 2020