Moon Knight – Hero Marvel Tiru Batman?

Sembang

Dalam kehangatan Disney+ yang sudah pun mula merangka siri TV sulung watak superhero terbaharu Marvel yang bakal muncul tidak lama lagi di saluran penstriman berbayar tersebut. Disney+ telah mengumuman terdapat tiga rancangan terbaharu di bawah Marvel Cinematic Universe yang bakal ditampilkan di saluran Disney+, iaitu “Ms. Marvel”, “She-Hulk” dan “Moon Knight”.

Walaupun antara tiga rancangan terbaharu ini, siri TV Ms. Marvel dan She-Hulk memang mudah untuk pendapat perhatian ramai fans Marvel. Tetapi Moon Knight adalah watak adiwira yang menarik untuk diperhatikan juga.

Kenapa kami rasa Moon Knight adalah siri adiwira yang menarik? Apa perbezaan antara Ms. Marvel dan She-Hulk? Well, kalau ikutkan; Ms. Marvel dan She-Hulk memang logik untuk dimasukkan ke dalam siri MCU. Berlainan pula dengan Moon Knight, ianya adalah salah satu watak superhero MCU yang unik dari segi character dan kuasa yang dimiliki.

CIPLAK BATMAN?

Moon Knight sebenarnya adalah salah satu watak superhero komik yang menarik. Menarik dari segi pembawakan dan kuasa yang dimiliki. Walaupun pada dasarnya, ramai yang mengatakan Moon Knight adalah Batman versi adaptasi oleh Marvel. Ramai fans yang meletakkan Moon Knight sebagai klon Batman, tetapi lama-kelamaan Marvel berjaya membuatkan watak Moon Knight berkembang menjadi salah satu watak Marvel yang paling kompleks dari segi watak dan jalan cerita yang membezakan Moon Knight dan jalan penceritaan Batman.

Diciptakan oleh penulis Doug Moench dan Don Perlin selaku pelukis komik pada tahun 1975, Moon Knight membuat kemunculan debutnya dalam siri komik Marvel berjudul “Werewolf By Knight”. Dalam komik “Werewolf by Night”, watak Moon Knight pada asalnya merupakan watak villain yang menghantui watak utama komik tersebut; Werewolf. Tidak lama kemudian, Moon Knight mula muncul dengan cerita solonya di dalam siri buku komik antologi Marvel Spotlight. Lama kelamaan Moon Knight berjaya mendapat perhatian ramai pembaca siri komik Marvel dan populariti watak Moon Knight berkembang dengan siri komiknya sendiri.

Moon Knight atau nama watak sebenarnya; Marc Spector, merupakan anak seorang rabbi Yahudi yang melarikan diri ke Amerika Syarikat dari Czechoslovakia semasa Perang Dunia II. Marc membesar di Chicago, Amerika Syarikat dan menyertai Marin, kemudian menjadi ahli operative CIA, dan kemudian diangkat menjadi tentera upahan ataupun dipanggil sebagai anggota mercenary. Ketika menjalankan sebuah operasi mercenary di Mesir, pada ketika itu Marc mengalami konflik dengan ketua operasi tersebut dan hampir dibunuh. Marc Spector terselamat selepas rakan operasinya menyelamatkan beliau dan meletakkan tubuhnya di sebuah makam, ianya adalah makam Khonshu yang merupakan dewa bulan Mesir.

Ketika dalam keadaan koma, roh Marc bertemu dengan dewa bulan; Khonshu dan Khonsu menyembuhkan kecederaan Marc, Khonshu juga memberikan Marc peluang untuk hidup sekali lagi dengan syarat mewarisi kuasa dewa bulan yang membuatkan beliau mampu menahan luka dan mempunyai kekuatan super strength pada waktu malam.

Dengan sumber kekayaan yang dimiliki ketika berkhidmat sebagai tentera upahan. Marc Spector membuat 2 alter ego yang berlainan dimana beliau dikenali sebagai “Steven Grant” yang merupakan seorang ahli perniagaan jutawan dan identiti sebagai “Jake Locksley”; seorang pemandu taxi yang peramah. 2 identiti rahsia ini diciptakan untuk merahsiakan aktiviti beliau sebagai Moon Knight. Disebabkan alter ego ini yang menyebabkan Moon Knight atau Marc Spector mengalami masalah mental schizophrenia dan Moon Knight mula mengalami gangguan identiti yang membuatkan beliau mempunyai pelbagai jenis personaliti yang lain antaranya seperti Captain America dan Wolverine. Disebabkan isu tentang kesihatan mental ini, terdapat beberapa persoal tentang kewujudan sebenar dewa bulan, Khonshu.

HARRY POTTER JADI MOON KNIGHT?

Dikalangan fans dan peminat siri komik Moon Knight, nama yang sering dipetik untuk menghidupkan watak tersebut antaranya adalah Daniel Radcliffe. Dan terdapat juga laporan yang mengiyakan kenyataan dimana bintang filem Harry Potter tersebut dalam berbincangan yang serius untuk membawakan watak utama siri TV, Moon Knight.

Namun Daniel Radcliffe telah mengeluarkan kenyataan dimana beliau tidak pernah ditawarkan untuk membintangi francais Marvel terbaharu itu. “Saya tidak berminat untuk melakukan apa-apa projek francais pada masa ini lagi, ianya sangat menyeronokkan. Tetapi khabar angin tentang siri Moon Knight tidak benar” menurut Daniel Radcliffe kepada Comingsoon.net.

KATALAKI: Macam laa tapi bukan sama kayy….

Last modified: 25 February 2020