MotoGP ’19: Lorenzo Injured Reveal Motor Baru

Aktif, Motorsports

Lepas Ducati dah reveal motor terbaru yang digunakan untuk musim terbaru MotoGP tahun 2019, yang terlepas nak baca pasal motor Ducati boleh klik sini. Kali ni giliran Honda lak persembahkan motor terbaru untuk MotoGP 2019 yang akan start bulan Mac nanti.

Sumber : motogp.com

Design motor Honda untuk tahun 2019 nampaknya agak boring sebab macam lebih kurang je macam tahun lepas. Design yang nampak boring ni mungkin berpunca daripada Repsol yang masih kekal sebagai penaja utama untuk team Honda sehingga tahun 2020. Warna rasmi Repsol memang oren, putih, merah dan biru. Korang tahu ke Repsol ni apa?

Repsol ni salah satu syarikat yang terlibat dalam bidang oil & gas di Sepanyol. Macam Petronas la senang cerita. Repsol dah sponsor Honda untuk MotoGP sejak tahun 1995 lagi dan digelar Repsol Honda Team.

Untuk MotoGP musim 2019, Repsol Honda Team tampilkan gandingan pelumba lama dan baru, Marc Marquez dan Jorge Lorenzo. Dua-dua dah pernah menang MotoGP World Championship sebelum ni.

Tapi malang untuk Lorenzo, baru-baru ni cedera lak masa tengah training. Harap-harap sempat la fit sebelum race yang pertama kat Qatar, 10 Mac nanti. Gandingan Marc Marquez dan Jorge Lorenzo tahun ni dianggap antara yang paling gempak. Bawa motor Repsol Honda Team pula tu. Jangan dua-dua bergaduh dalam track sudah.

KATALAKI: 28 Januari 2019 nanti, Petronas Yamaha Sepang Racing Team lak nak reveal motor baru. Standby brader.

Last modified: 24 January 2019