MotoGP 20 Atau Ride 4?

Game, Tech, ZAP, ZeKool

Walaupun saingan musim baru MotoGP untuk tahun 2020 masih lagi tertangguh disebabkan pandemik COVID-19, tapi permainan video di bawah empayar jenama MotoGP iaitu MotoGP 20 dah pun mula dipasarkan di seluruh dunia pada 23 April 2020. Sejarah baru dunia MotoGP, game keluar dulu sebelum musim baru bermula. MotoGP 20 juga dipasarkan lebih awal dari tarikh yang sepatutnya demi merebut peluang keemasan kebanyakkan penduduk dunia masih kekal berada di dalam rumah dan menghabiskan masa bermain permainan video sepanjang pandemik COVID-19.

Ada tak antara korang yang dah cuba main game terbaru MotoGP 20? Kalau tengok review, boleh mengiurkan peminat-peminat sukan MotoGP yang dah kemaruk nak tengok aksi perlumbaan di dalam litar lumba. MotoGP 20 juga dianggap game MotoGP terbaik sejak kali pertama dipasarkan pada tahun 2000 bertajuk MotoGP, dibangunkan oleh Namco dan boleh dimainkan di PlayStation 2.

Pesaing terdekat MotoGP dalam arena permainan video adalah Ride yang kali pertama dipasarkan pada tahun 2015. Walaupun jenama MotoGP lebih terkemuka di dunia, tapi game Ride mampu dan pernah mencabar kedudukan MotoGP sebagai permainan video berkonsepkan perlumbaan motosikal terbaik disebabkan kegagalan beberapa siri permainan video MotoGP sebelum ni.

 

View this post on Instagram

 

You’ve been waiting for so long. But, you know, good things are worth the wait. #RIDE4 is coming. It’s 4 Real. Watch the trailer and discover the extreme realism in every feature: https://ridevideogame.com/ #RIDE #ridevideogame #riders #racinggames #bikelove #2wheels #2wlovers

A post shared by RIDE 4 (@ridevideogame) on

Yang terkini, siri permainan video Ride yang terbaru, Ride 4 bakal dipasarkan bermula 8 Oktober 2020, boleh dimainkan di PlayStation 4, Xbox One dan komputer bagi mencabar kejayaan MotoGP 20 yang tengah memuncak. Kalau ada yang tak pernah main permainan video MotoGP 20 atau Ride, masing-masing ada perbezaan yang tersendiri. MotoGP 20 mempunyai pelumba-pelumba popular, litar lumba popular, jenama peralatan motor popular dan termasuk lah segala yang popular dalam sukan permotoran memandangkan MotoGP dikenali sebagai sukan permotoran bertayar dua yang mempunyai taraf tertinggi di dunia.

Berbeza dengan siri permainan video Ride, bukan sahaja menampilkan aksi perlumbaan motosikal di dalam litar lumba, tapi game Ride juga membolehkan pemain untuk berlumba di gurun, bukit-bukau, kawasan perumahan dan macam-macam lagi litar lumba yang korang mungkin tak pernah dengar sebelum ni. Ride juga mempunyai motosikal berjenama terkenal di dunia antaranya Ducati, Honda, Yamaha dan sebagainya. Tapi motosikal yang digunakan dalam permainan video Ride dah semestinya berbeza dengan motosikal dalam permainan video MotoGP.

Untuk memudahkan pemahaman korang, motosikal dalam permainan video Ride menggunakan motosikal yang ada di pasaran, termasuk motosikal-motosikal klasik yang pernah menjadi idaman setiap pencinta motosikal. Permainan video MotoGP pula menggunakan motosikal lebih berkuasa yang dicipta khas oleh kilang untuk berlumba di dalam litar lumba, seperti yang berlaku dalam saingan MotoGP di dunia sebenar. Contohnya, korang takkan berpeluang untuk berlumba menggunakan motosikal berjenama BMW S 1000 R atau MV Agusta Brutale 1090 RR dalam game MotoGP memandangkan motosikal tersebut takde dalam saingan MotoGP di dunia realiti. Ride 4 dijangka akan menjadi game sehebat MotoGP 20 disebabkan kedua-dua permainan video dibangunkan oleh syarikat yang sama iaitu Milestone.

KATALAKI: Kalau korang tak minat MotoGP tapi suka main game lumba motor, Ride 4 mungkin sesuai untuk korang.

Last modified: 28 May 2020