MotoGP 2019 : Ducati Reveal Motor Baru

Aktif, Motorsports

Jumaat lepas, 18 Januari 2019, Ducati dah tunjukkan kepada orang ramai terutama sekali kepada peminat sukan MotoGP, reka bentuk dan design motor terbaru yang akan digunakan oleh Ducati untuk musim 2019. Tadaaa.

Untuk tahun 2019 ni juga, pasukan yang dikenali sebagai Ducati Team sejak tahun 2009, sekarang ni akan gunakan nama baru, Mission Winnow Ducati. Mission Winnow ni merupakan sponsor terbesar untuk pasukan MotoGP Ducati untuk tahun 2019. Apa benda Mission Winnow ni?

Mission Winnow ialah slogan yang digunakan dibawah syarikat Phillip Morris International, syarikat gergasi dalam pemasaran tembakau yang menjual rokok Marlboro. Disebabkan jenama tembakau atau rokok tak dibenarkan lagi digunakan sebagai branding dalam bidang sukan, Philip Morris International gunakan Mission Winnow sebagai branding untuk Ducati tahun 2019 ni. Kali terakhir Ducati letak nama Marlboro kat motor dorang ialah pada tahun 2009.

Motor terbaru daripada Mission Winnow Ducati ni akan pertama kali digunakan dalam track oleh Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci pada 6 Februari 2019 nanti kat Sepang, Malaysia untuk sesi ujian pra-musim 2019. Amacam? Korang stim tak tengok motor Mission Winnow Ducati tahun ni? Kalau tengok gambar nampak garang gak. Kita tunggu nanti bila dalam track nanti motor ni garang ke tak garang.

KATALAKI: Baru satu team, lepas ni banyak lagi team lain nak tunjukkan motor baru.

Last modified: 20 January 2019