MotoGP: Boleh Ke Tukar Motor Macam Ni?

Aktif, Motorsports


Peminat sukan MotoGP mesti dah tahu apa yang berlaku sebenarnya bila pelumba MotoGP tiba-tiba masuk ke laluan pit dan tukar motor untuk teruskan perlumbaan.

Image Via : crash.net

Tapi untuk korang yang belum lagi tahu, kalau pelumba MotoGP masuk ke laluan pit dan tukar motor masa perlumbaan sedang berlangsung disebabkan hujan mula turun, ia dipanggil peraturan Flag-to-Flag.

Kali pertama peraturan Flag-to-Flag mula diperkenalkan ialah pada tahun 2005. Kalau perlumbaan MotoGP bermula dalam cuaca yang panas dan tiba-tiba hujan mula turun semasa perlumbaan, maka peraturan Flag-to-Flag akan digunakan. Pegawai litar akan mengibarkan bendera putih dan pelumba boleh masuk ke laluan pit untuk tukar motor yang sesuai berlumba dalam cuaca hujan. Tapi boleh ke tukar motor macam Marc Marquez buat tu?

Image Via : motogp.com

Disebabkan dah macam-macam kemalangan yang berlaku di dalam laluan pit semasa peraturan Flag-to-Flag digunakan sejak tahun 2005, sekarang ni prosedur Flag-to-Flag dah semakin teratur. Yang terkini, ini prosedur yang perlu diikut oleh setiap pasukan kalau peraturan Flag-to-Flag digunakan semasa perlumbaan MotoGP.

Sebelum prosedur Flag-to-Flag yang lebih teratur diperkenalkan, Marc Marquez, Andrea Iannone dan Jorge Lorenzo antara pelumba yang pernah terlibat dalam kemalangan di laluan pit semasa peraturan Flag-to-Flag digunakan.

Andrea Iannone

Marc Marquez

Jorge Lorenzo

KATALAKI: Laluan pit merupakan tempat paling bahaya sekali dalam arena permotoran. Tak kira la sama ada MotoGP atau pun F1.


Last modified: 15 July 2019