MotoGP Sepang 2019: Ini Cara Untuk Jumpa Pelumba Secara Percuma

Aktif, Motorsports

Pada 1 sehingga 3 November 2019 nanti, akan berlangsungnya perlumbaan MotoGP yang ke-18 untuk tahun 2019 sebelum perlumbaan terakhir di Valencia, Sepanyol pada 17 November 2019. Yang belum lagi dapatkan tiket untuk tengok perlumbaan MotoGP depan mata, boleh beli kat sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sepang Circuit® (@sepangcircuit) on

Walaupun perlumbaan MotoGP untuk tahun 2019 belum lagi tamat, Marc Marquez dah pun berjaya menang kejuaraan MotoGP tahun 2019 secara rasmi selepas tamat perlumbaan di litar Buriram, Thailand pada 6 Oktober 2019 hari tu.

Bila perlumbaan MotoGP di Sepang dah semakin dekat nanti, confirmed ramai pelumba-pelumba daripada kelas Moto2, Moto3 dan MotoGP akan berkumpul di Kuala Lumpur untuk persediaan awal, aktiviti promosi dan sebagainya. Rezeki korang la kalau dapat jumpa pelumba-pelumba MotoGP tengah jalan-jalan kat sekitar Kuala Lumpur. Tapi tu tak bermakna korang boleh sesuka hati untuk serbu pelumba-pelumba MotoGP minta selfie. Kalau korang nak jumpa pelumba MotoGP bila dorang dah sampai kat Malaysia, ini cara-caranya.

MotoGP Friendly Football Match

Korang boleh jumpa dan tengok pelumba MotoGP dalam perlawanan bola sepak persahabatan yang akan berlangsung pada 29 Oktober 2019 di Stadium Shah Alam. Pelumba-pelumba yang ada nanti antaranya Hafizh Syahrin, Miguel Oliviera, Maverick Vinales, Fabio Quartararo, Franco Morbidelli, Adam Norrodin, Ayumu Sasaki dan John McPhee.

Image Via : sepangcircuit.com

MotoGP Local Trishaw Beca Race

Selalu kita tengok dorang berlumba kat dalam litar guna motosikal berkuasa tinggi. Kali ni kita boleh tengok pelumba MotoGP berlumba menggunakan Beca di Sunway Lagoon pada 30 Oktober 2019 bermula pukul 3 petang. Pelumba yang akan terlibat dalam perlumbaan Beca ni ialah Hafizh Syahrin dan Danilo Petrucci.

Riders Autograph Session

Kalau korang memang nak jumpa pelumba-pelumba Moto2 dan Moto3 depan mata siap nak minta autograf, selfie dan sebagainya, boleh serbu Welcome Centre Foyer, Sepang International Circuit pada 2 November 2019.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sepang Circuit® (@sepangcircuit) on

KATALAKI: Harap-harap race kat Sepang nanti boleh la Fabio Quartararo menang. Dah lama sangat dah tu asyik tertangguh je.

Last modified: 14 October 2019