MotoGP Sulung Hafizh Syahrin & Tragedi Di Sepang

Aktif, Motorsports

Sumber Gambar : motogp.com

2 November hingga 4 November 2018 bakal berlangsungya MotoGP di Sepang International Circuit. Kehadiran juara dunia MotoGP 2018 Marc Marquez, Jorge Lorenzo, Andrea Dovizioso, Maverick Vinales dan The Doctor Valentino Rossi di bumi negara tercinta, Malaysia sangat dinantikan oleh penggemar sukan motor di Malaysia.

Tumpuan tentu sekali kepada pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin yang sekarang sengit bersaing rapat dengan Franc Morbidelli untuk kejuaraan MotoGP Rookie Of The Year. Selain Hafizh Syahrin, dua lagi pelumba Malaysia turut bersaing dalam Moto2 dan Moto3, Khairul Idham Pawi dan Adam Norrodin.

Selasa lepas aku sempat datang ke perlawanan persahabatan bola sepak antara pelumba MotoGP dan pengamal media di Malaysia. Antara rider yang ada ialah Hafizh Syahrin, Khairul Idham Pawi, Adam Norrodin, Maverick Vinales, Johan Zarco, Ayumu Sasaki dan Niki Tuuli. Johan Zarco siap score hat-trick! Nah aku belanja sikit gambar.

Bapa Hafizh Syahrin, Abdullah Harun, Khairul Idham Pawi & Maverick Vinales

Sepang International Circuit merupakan salah satu track MotoGP yang digeruni oleh pelumba-pelumba MotoGP. Track yang lebar dan mempunyai 15 selekoh, aksi potong-memotong di dalam perlumbaan MotoGP Sepang pasti mencetuskan babak cemas antara pelumba.

Ini antara saat-saat cemas dan mendebarkan semasa perlumbaan MotoGP di Sepang. Dalam MotoGP pun ada drama!

Kali Pertama Hafizh Syahrin Bersaing Untuk MotoGP Sepang

Tahun lepas Hafizh Syahrin berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-6 dalam Moto2, tahun 2018, buat kali pertama dalam sejarah pelumba tanah air kita, Hafizh Syahrin akan berlumba di Sepang International Circuit dalam saingan MotoGP.

Diberi gelaran “El Pescao” atau “The Fish”, Hafizh Syahrin dikenali dengan kepakarannya mengendalikan jentera motosikalnya dalam keadaan hujan. Ini dibuktikan sendiri oleh Hafizh Syahrin apabila berjaya menaiki podium tempat ke-3 di Sepang pada tahun 2012 dalam perlumbaan Moto2 dengan tiket wildcard masa perlumbaan dalam cuaca hujan. Masa tu Marc Marquez masih lagi bersaing dalam Moto2!

Sumber Gambar : motogp.com

MotoGP Sepang 2011, Kemalangan Maut  Marco Simoncelli

Sumber Gambar : motogp.com

Tragedi yang menyayat hati keluarga Marco Simoncelli, pelumba dan semua peminat MotoGP, kemalangan maut Marco Simoncelli semasa pusingan ke-2 di selekoh ke-11 boleh dikira antara tragedi terburuk dalam MotoGP di Sepang.

Marco Simoncelli yang tengah bersaing untuk tempat ke-4 semasa perlumbaan, hilang kawalan di selekoh ke-11 dan dirempuh oleh Colin Edwards dan Valentino Rossi hingga menyebabkan helmet Marco Simoncelli berkecai. Perlumbaan terus dihentikan serta-merta.

MotoGP Sepang 2015, Valentino Rossi VS Marc Marquez

Sumber Gambar : getty images

Valentino Rossi dan kontroversi di dalam track memang tak dapat dipisahkan. Budak nakal MotoGP, Valentino Rossi antara pelumba yang ada banyak sejarah permusuhan dengan pelumba lain.

Max Biaggi, Sete Gibernau, Jorge Lorenzo dan Casey Stoner pernah bertegang urat dengan Valentino Rossi. Apa yang berlaku semasa perlumbaan MotoGP Sepang 2015, Valentino Rossi dilihat seakan-akan menghadang dan menendang Marc Marquez sehingga tersungkur di atas track. Usha video bawah untuk korang saksikan betapa tegangnya keadaan di dalam track antara Valentino Rossi dan Marc Marquez semasa MotoGP Sepang 2015.

Marc Marquez dah confirmed champion MotoGP 2018. Tapi korang rasa ada lagi tak drama di antara Valentino Rossi dan Marc Marquez kat Sepang nanti? Sama-sama kita nantikan perlumbaan MotoGP hari ahad nanti. Hafizh Syahrin kasi naik podium kali ni lah! Yeahh!
KATALAKI: Hafizh Syahrin, Malaysian true hero.

Last modified: 7 November 2018