MotoGP: Apa Yang Rider Pakai Masa Wet Race

Aktif, Motorsports

Sesi free practice pertama (FP1) MotoGP di Valencia semalam terpaksa ditunda selama 35 minit disebabkan hujan lebat. Lepas pit lane dibuka semula untuk rider MotoGP sambung FP1, Marc Marquez berjaya mencatat masa terpantas dalam cuaca hujan di track terakhir MotoGP 2018.

Sumber : twitter.com/motogp

Masa race kat Sepang hari tu pun, waktu perlumbaan hari ahad terpaksa diawalkan sebab nak elak rider race dalam keadaan hujan. Korang pernah terfikir tak apa persediaan rider MotoGP untuk race dalam hujan? Rider motor atas jalan raya pun bahaya kalau hari hujan, apatah lagi motor yang digunakan dalam track untuk berlumba kan? Selain daripada penggunaan tayar berbunga kalau race dalam hujan, sebenarnya ada lagi benda yang disediakan untuk rider MotoGP race dalam hujan.

Helmet

Salah satu masalah yang tak boleh dielak kalau pakai helmet masa hujan ialah visor berkabus atau fogging. Rider MotoGP pun menghadapi masalah yang sama. Suhu kat luar helmet yang sejuk dan pernafasan manusia yang bersuhu lebih tinggi menyebabkan terjadinya fogging kat dalam helmet.

Cara nak elak daripada fogging yang digunakan oleh Marc Marquez ialah helmet yang digunakan masa hujan ada penghadang dekat hidung untuk menghalakan pernafasan ke bawah, bukan ke arah visor. Tapi, bukan semua rider guna cara yang sama. Bergantung kepada pilihan rider sendiri dan juga kecanggihan pengeluar helmet juga. 

Knee Sliders

Sumber : Monster Energy

Rider MotoGP selalunya akan lalu selekoh dalam kelajuan 100 km/h sehingga 250 km/h. Bila berlumba dalam cuaca hujan, rider MotoGP kena lebih berhati-hati untuk mengambil selekoh disebabkan track yang basah. Kalau rider selekoh baring sangat confirm jatuh.

Sumber : Box Repsol

Knee slider yang lebih tebal akan digunakan dalam cuaca hujan. Tujuannya ialah untuk mengelakkan rider mengambil selekoh terlalu rendah dengan track. Senang cerita, tak nak bagi rider ambil corner baring sangat. Satu lagi tujuannya, untuk jaga keselamatan rider juga terutama sekali bahagian lutut. Masa cuaca hujan, rider lagi senang nak tergolek.

Visor

Visor ada peranan penting gak untuk rider MotoGP race dalam track. Bukan nak bagi helmet nampak smart je. Visor yang lebih gelap sesuai untuk elak cahaya yang melampau kalau cuaca panas terik. Visor yang lebih terang akan digunakan dalam cuaca hujan. Visor juga diberi special treatment untuk jadikan waterproof. So, bila kena percikan air hujan, air kat visor cepat hilang dan tak menghalang pandangan rider MotoGP.

Sarung Tangan

Sumber : Box Repsol

Kiri untuk cuaca hujan, kanan untuk cuaca panas. Sarung tangan yang digunakan masa cuaca hujan lebih ringan dan lembut. Ini untuk memudahkan pergerakan rider masa hujan dan lebih grip untuk pegang handle motor.

Boots

Sumber : Box Repsol

Kanan untuk cuaca panas, kiri untuk cuaca hujan. Boot lumba pun sama macam sarung tangan. Kalau cuaca hujan, rider akan gunakan boot yang lebih ringan dan lembut. Memudahkan rider untuk tukar gear masa hujan. Tapi ada satu perbezaan berbanding sarung tangan, lubang pengaliran udara dekat boot masa cuaca hujan dikurangkan berbanding boot untuk cuaca panas.

So, korang rasa race minggu ni track basah ke kering? Lepas race Valencia, MotoGP akan rehat jap dan sambung balik tahun depan untuk musim 2019. Sebelum MotoGP tahun ni tutup tirai, kita doakan pelumba MotoGP negara kita, Hafizh Syahrin dan Khairul Idham Pawi yang akan race minggu ni. Doakan juga untuk Adam Norrodin yang baru settle operation kaki hari tu. Malaysia boleh!

KATALAKI: Come on Pescao, MotoGP Rookie Of The Year lah satu kali!

Last modified: 17 November 2018