Motor Baru Hafizh Syahrin

Aktif, Motorsports

Pelumba motosikal berkelas dunia negara, Hafizh Syahrin akan kembali berperang di dalam litar lumba bermula 8 Mac 2020 nanti di litar lumba antarabangsa Losail, Qatar. Kali ni, Hafizh Syahrin akan kembali bertanding dalam kelas Moto2 bersama Aspar Team.

 

View this post on Instagram

 

🎙 @hafizh_syahrin 1:42.605 (110 laps): “I am very happy with the bike, especially after having been so long without riding the @speedupfactory, after last November’s test in Valencia. We have improved, especially on the second day, and it is clear that we have room for improvement, especially in the corner speed, because I still use a MotoGP style and brake a lot, but now I start to understand the Moto2 and have better references. In a week, in the official test, I will be closer to the others. We have the speed; we just need more confidence and speed in the exit of the corners. I am looking forward to getting back on the bike next week.” . . Hafizh Syahrin 1:42.605 (110 vueltas): “Estoy muy contento con la moto, especialmente después de haber estado tanto tiempo sin subirme a la Speed Up, después del test del pasado noviembre en Valencia. Hemos mejorado, sobre todo en el segundo día, y está claro que tenemos margen de mejora, especialmente en el paso por curva porque todavía piloto con estilo de MotoGP y freno mucho la moto, pero ahora empiezo a entender y a tener mejores referencias. En una semana, en el test oficial, estaré más cerca del resto. Tenemos la velocidad, solamente nos falta un poco de confianza y de velocidad en la salida de las curvas. Tengo ganas ya de volver a subir a la moto la semana que viene”. . . #Moto2 #SpeedUp #HS55 #bo55ku #ElPescao #MotoGP

A post shared by Aspar Team (@asparteam) on

Kalau korang nak tengok macam mana rupa terbaru jentera-jentera MotoGP yang akan berlumba sepanjang musim 2020 nanti, boleh tengok kat sini. Tapi, dalam artikel kali ni, kita nak tengok macam mana rupa jentera yang bakal digunakan oleh Hafizh Syahrin dalam kelas Moto2.

Hafizh Syahrin akan bergandingan dengan Aaron Canet, pelumba yang berjaya menamatkan saingan di tempat ke-2 dalam kelas Moto3 pada tahun 2019. Ini lah dia rupa cover set atau livery motor Hafizh Syahrin untuk musim 2020 ni. Ngam ke tak ngam?

Buat masa ni, Hafizh Syahrin dan Aspar Team masih lagi dalam proses mencuba jentera baru sebagai persediaan sebelum bermulanya perlumbaan pertama di Qatar pada 8 Mac 2020 nanti. Setakat hari pertama sesi ujian Moto2 di litar lumba Jerez, Sepanyol pada 19 Februari 2020, Hafizh Syahrin berjaya mencatatkan masa di kedudukan ke-24 daripada 28 orang pelumba secara keseluruhan. Boleh tahan jauh gak perbezaan masa dengan pelumba yang berada di kedudukan teratas.

Korang jangan tak tahu, selain daripada Hafizh Syahrin pelumba yang berasal dari Malaysia dan Petronas Sprinta Racing pasukan dari Malaysia, ada lagi sebuah pasukan yang juga berasal dari Malaysia akan bersaing dalam perlumbaan Moto2 untuk musim 2020 iaitu ONEXOX TKKR SAG Team.

Kalau korang tengok balik catatan masa untuk hari pertama ujian masa Moto2 di litar lumba Jerez kat atas tu, pelumba yang berjaya mencatatkan masa paling pantas, Remy Gardner merupakan pelumba untuk ONEXOX TKKR SAG Team.

 

View this post on Instagram

 

Well, the way we started, the weekend could have gone a lot worse. P6 in the race, now on to Malaysia 💪

A post shared by Remy Gardner (@remygardner) on

Selain daripada Remy Gardner, pelumba kedua yang akan menunggang jentera ONEXOX TKKR SAG Team sepanjang musim 2020 adalah pelumba yang berasal dari Malaysia iaitu Kasma Daniel. Buat masa ni, Kasma Daniel belum lagi terlibat dalam sesi ujian masa Moto2 disebabkan masih lagi mengalami kecederaan.

Nampaknya, bukan je Petronas Yamaha SRT dalam kelas MotoGP dan Hafizh Syahrin yang akan menjadi tumpuan peminat sukan motor di Malaysia, tapi ONEXOX TKKR SAG Team dan Kasma Daniel juga akan jadi kebanggaan Malaysia di mata dunia. Semakin banyak penglibatan pasukan dan pelumba dari Malaysia dalam perlumbaan motosikal berkelas dunia menandakan sesuatu yang positif kepada dunia permotoran tanah air.

KATALAKI: Bersepah rakyat Malaysia yang ada bakat berlumba. Tak lama lagi mungkin ada pelumba Malaysia yang mampu mencabar kejuaraan dunia MotoGP. Pelan-pelan kayuh.

Last modified: 20 February 2020