Motor Baru Valentino Rossi Kena Cakar Bhai

Aktif, Motorsports

Satu lagi team yang akan beraksi dalam MotoGP 2019 dah tayangkan kepada umum motor yang akan digunakan untuk musim baru ni. Sejak tahun 2014, team Yamaha Factory Racing ditaja oleh Movistar, sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Sepanyol.

Movistar Yamaha MotoGP

Untuk tahun 2019, team Yamaha Factory Racing ditaja syarikat baru dan kini digelar Monster Energy Yamaha MotoGP bersama rider yang sama macam musim lepas, Valentino Rossi dan Maverick Vinales. Bawah ni motor baru dorang.

Kalau korang nak tahu, untuk musim 2018 yang lepas, buat pertama kalinya Valentino Rossi tak berjaya menang satu race pun bersama Yamaha. Betapa teruknya prestasi jentera Yamaha tahun lepas. Tapi untuk tahun 2019 ni nampaknya Valentino Rossi dan Yamaha nampak bersemangat untuk buktikan yang dorang dah berjaya buat beberapa improvement daripada musim lepas.

Sumber : motogp.com

Musim baru tahun 2019, Yamaha tampil dengan warna motor yang baru, biru dan hitam, diambil daripada warna rasmi Yamaha yang berwarna biru dan warna rasmi Monster Energy berwarna hitam. Korang rasa cun ke tak cun motor baru yang akan digunakan oleh Valentino Rossi dan Maverick Vinales ni?

Mungkin ada yang dah tahu tapi untuk pengetahuan korang, Monster Energy ialah jenama minuman bertenaga atau energy drink yang berasal dari Amerika Syarikat, pesaing terbesar Red Bull. Sebab tu motor baru Yamaha ada kesan cakar tu. Tu lah logo Monster Energy.

KATALAKI: Setakat ni motor Mission Winnow Ducati dengan Petronas Yamaha SRT antara yang paling cun.

Last modified: 5 February 2019