Motor Hafizh Syahrin Sama Macam Kereta F1

Aktif, Motorsports

Semalam, 12 Februari 2019, dua lagi team yang akan bersaing untuk MotoGP 2019, Red Bull KTM Factory Racing dan Red Bull KTM Tech 3 dah tunjuk macam mana rupa motor baru yang akan digunakan nanti. Untuk pengetahuan korang, 2019 ni tahun ketiga penglibatan KTM dalam arena MotoGP. Jom kita layan dulu gambar motor KTM Factory Racing.

Livery untuk KTM Factory Racing tahun 2019 ni memang sama je macam tahun lepas. Takde banyak perubahan. Rider je yang berubah. Johann Zarco dan Pol Espargaro akan jadi teammate untuk KTM Factory Racing.

Korang jangan pening lak kenapa KTM sampai ada dua team dalam MotoGP. Team KTM Factory Racing memang dikawal dan dijaga oleh pakar-pakar daripada KTM sendiri untuk bersaing dalam MotoGP. Team KTM Tech3 pula diuruskan oleh pakar-pakar daripada pasukan Tech3 menggunakan motor yang dibekalkan oleh KTM. Hafizh Syahrin akan berlumba untuk KTM Tech3 bergandingan dengan Miguel Oliveira. Bawah ni  gambar motor team KTM Tech3.

Memang ngam teruk livery motor Hafizh Syahrin untuk MotoGP musim terbaru ni. Untuk info korang, kereta terbaru team Torro Rosso pun akan gunakan livery yang lebih kurang sama untuk perlumbaan Formula 1 musim 2019.

KATALAKI: Lepas ni bersepah la cover set motor macam Hafizh Syahrin kat atas jalan raya.

Last modified: 13 February 2019