Motorola Bawa Kembali Phone Classic Mereka!

Gadget, Tech

Beberapa bulan yang lepas, warganet telah digemparkan dengan beberapa gambar yang dikatakan adalah gambar untuk smartphone terbaru Motorola. Dan akhirnya pada minggu ini, Motorola secara rasminya telah memperkenalkan Motoral Razr 2020, sebuah smartphone yang diinspirasi daripada phone classic mereka iaitu Motorola Razr V3 yang diperkenalkan pada tahun 2004.

Smartphone Motorola Razr 2020 ini dilihat menggunakan processor Snapdragon 710 dengan graphic card Adreno 616. Seperti Motorola Razr V3, Motorola Razr 2020 ini juga didatangkan dengan dua screen iaitu screen dalaman sebagai screen utama dan juga screen kedua yang berada dihadapan smartphone ini.

Bagi screen utama, Motorola Razr 2020 ini mempunyai screen sebesar 6.2 inci P-OLED display dengan screen-to-body 70.2%. Manakala untuk screen hadapan pula, ia menggunakan screen sebesar 2.7 inci OLED display. Pada bahagian atas smartphone ini terdapat notch yang biasa kita lihat pada Motorola Razr V3.

Jika kita lihat smartphone jenis Fold yang baru diperkenalkan daripada Samsung, ia menukarkan smartphone yang bersaiz besar kepada sebuah tablet tapi berbeza dengan Motorola Razr 2020 yang mana ia menjadi smartphone bersaiz normal kepada sebuah smartphone yang bersaiz lebih kecil dan kompak. Inilah salah satu ciri unik yang terdapat pada smartphone ini.

Walaupun smartphone Motorola Razr 2020 ini nampak menarik, spec yang dorang letakkan bagi aku adalah sangat tidak berbaloi dengan harga yang dorang jual. Macam yang aku beritahu tadi, smartphone ini menggunakan Snapdragon 710, satu chipset yang biasa kita lihat pada smartphone kelas pertengahan yang cuma dijual pada harga bawah RM1000 sahaja.

RAM yang diletakkan juga agak kecil berbanding dengan RAM yang diletakkan pada smartphone jenama lain iaitu cuma 6GB RAM dan 128GB Storage sahaja. Bagi bahagian Operating System, Motorola Razr 2020 ini nampaknya menggunakan Android 9 Pie dan sebelum aku terlupa, battery untuk smartphone ini cuma sebesar 2510mAh sahaja, satu-satunya smartphone tahun 2019 yang mempunyai battery paling kecil. Sedangkan smartphone entrylevel daripada Realme iaitu Realme C1 menggunakan battery sebesar 4,000mAh!

Untuk bahagian camera pun, bagi aku ia cuma sesuai diletakkan pada smartphone jenis entrylevel sahaja. Motorola Razr 2020 ini mempunyai camera sebesar 16 Megapixel untuk kamera utama manakala 5 Megapixel untuk kamera kedua yang berada dihadapan smartphone Motorola Razr 2020 ini.

Pada screen kedua untuk Motorola Razr 2020 ini ianya dipanggil sebagai Quick View Display. Display ini akan menunjukkan notification, music control, dan juga selfie camera mode. Motorola juga dikatakan sedang dalam pembincangan dengan Google bagi mendapatkan kebenaran untuk membolehkan aplikasi yang dibuka display kedua boleh dibuka terus pada display utama apabila smartphone ini dibuka.

Walaupun teknologi screen lipat ini dilihat sangat canggih, tapi apa yang kita dapat lihat pada Samsung Galaxy Fold, banyak orang yang masih merasa takut untuk membeli smartphone yang mempunyai feature folding display ini. Samsung Galaxy Fold sebelum ini terpaksa ditunda penjualannya disebabkan masalah screen.

Bercerita tentang perkara ini, pihak Motorola memberikan jaminan dengan ketahanan Flex View display yang diletakkan pada smartphone Motorola Razr 2020 ini dan menyatakan apa yang terjadi pada Samsung Galaxy Fold tidak akan terjadi kepada Motorola Razr 2020.

Sekarang ini kita pergi harga pula. Seperti yang aku cakap sebelum ini, harga untuk Motorola Razr 2020 ini adalah sangat tidak berbaloi untuk aku. Smartphone Motorola Razr 2020 ini dikatakan akan dijual pada harga USD1,500 ataupun lebih kurang RM6,000+. Dengan spec yang dorang tawarkan, bagi aku harga smartphone ini sepatutnya tidak melebihi RM2,500!

KATALAKI: Dengan harga macam ini, korang rasa ada ke orang yang nak beli?

Last modified: 22 November 2019