Moto-Moto Legend Dalam Filem Malaysia

Collab, Sembang

Filem yang berunsurkan permotoran, tak kisah la kat Malaysia atau pun luar negara mesti boleh dapat kutipan yang banyak. Pada tahun 2014, Berita Harian pernah keluarkan berita pasal jumlah kutipan untuk filem genre permotoran tempatan yang pernah ditayangkan.

Sumber : www.bharian.com.my

Sumber : www.bharian.com.my

So, kali ni mari kita throwback balik motor-motor legend yang pernah buat bulu roma kita naik bila tengok filem tempatan. Filem dan motor mana yang korang ingat lagi? Cer usha motor-motor yang kami dah kumpul kat bawah ni.

KAWASAKI  KE175

Ramai gak yang confuse motor yang digunakan oleh Azroy dalam filem Gila-Gila Remaja, antara Kawasaki KE175, Suzuki TS 125 atau Yamaha DT 125. Nampak seakan-akan. Tapi tiga motor ni memang ngam.

Suzuki TS 125 – Image via: http://www.delraybeachasc.com/

Yamaha DT 125 – Image via: https://bedroomfurniture.club/

Kawasaki KE175 – Image via: http://usphw.us/

Filem lakonan Faizal Hussein dan Rosyam Nor ni ditayangkan pada tahun 1985. Filem ni gak la yang famous dengan dialog “Roy Roy, hati kau keras”.

YAMAHA RD350 YPVS

Zakaria bin Puteh atau Zack ialah watak yang dibawa oleh Datuk Jamal Abdillah dalam filem Azura yang ditayangkan pada tahun 1984. Bukan main lagi si Zack ni berpoya-poya dengan motor Yamaha RD350 YPVS nak try Azura.

Yamaha RD350 YPVS ni dikeluarkan pada tahun 1983 sehingga 1986 dan dah tentu sekali made in Japan.

YAMAHA TZM 150

Motor TZM ni digunakan dalam filem KL Menjerit yang ditayangkan pada tahun 2002, lakonan Datuk Rosyam Nor dan Faizal Hussein. Filem KL Menjerit juga pernah menang anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia 2003.

YAMAHA RX-Z

Salah satu motor yang paling top kat Malaysia, RX-Z pernah ditampilkan kat dalam filem Remp-It pada tahun 2006 lakonan Farid Kamil dan Zul Huzaimy. Pengeluaran RX-Z oleh Yamaha dihentikan pada tahun 2011, sejak kali pertama dipasarkan pada tahun 1985.

KAT MANA BOLEH TENGOK MOTOR NI DEPAN-DEPAN?

Pada 29 hingga 31 Mac 2019 ni, korang boleh je tengok sendiri motor-motor legend ni kat MITA Tourism & Malaysia Riders Carnival 2019 yang akan berlangsung kat MAEPS Serdang. Ada jugak club-club motor yang akan bersama-sama di MITA Tourism & Malaysia Riders Carnival 2019. Nak tengok motor cun melecun boleh,

NAK TRAVEL PUN BOLEH?

Selain boleh usha motor-motor yang ada di MITA Tourism & Malaysia Riders Carnival 2019, korang boleh jugak set nak bercuti ke mana-mana saja dalam negara sebab korang boleh jugak usha pakej-pakej percutian yang menarik. So kalau geng-geng motor nak buat ride beramai-ramai boleh terus beli pakej pelancongan sekali dekat MITA Tourism & Malaysia Riders Carnival 2019. Banyak tawaran best-best kat sana nanti. Nak usha motor cun melecun boleh, nak planning untuk travel ride ke dalam negeri boleh, nak layan konsert pun boleh gak sebenarnya sebab ada Jamboree Permotoran yang terbesar kat Malaysia. Tak cukup dengan tu, ada lebih kurang 40 motor yang boleh dimenangi kalau korang sertai cabutan bertuah di MITA Tourism & Malaysia Riders Carnival 2019. 

Image via: Thelaki.com.my

Ada Concert Happening!

Selepas 7 tahun, kini konsert Hot FM Big Jam kembali menemui peminat dengan menampilkan 23 artis yang bakal mengegarkan konsert Hot FM Big Jam yang akan berlangsung pada hari sabtu, 30 Mac 2019 di MITA Tourism & Malaysia Riders Carnival 2019. Lepas korang dah usha motor-motor yang ada kat sana, boleh stay terus layan pula konsert yang bermula dari seawal jam 12 tengah hari hingga ke 12 tengah malam. Jumpa kat sana geng!

KATALAKI: Kalau korang ada motor rare ngam teruk boleh gak bawa datang kat MITA Tourism & Malaysia Riders Carnival 2019 ni nanti. Jumpa kat sana geng! #MITAtourismcarnival2019 #Malaysiariders2019

Last modified: 7 August 2020