Motosikal Terbaru Harley-Davidson Kali Pertama Ditayangkan Kat Malaysia

Sembang

Pada 27 dan 28 Julai 2019 hari tu, seramai 55,000 orang pengunjung datang memeriahkan Art of Speed Malaysia 2019 yang berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park, (MAEPS) Serdang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Art Of Speed Malaysia (@artofspeedmy) on

Untuk info, ini merupakan kali ke-8 Art of Speed dianjurkan di Malaysia. Kali pertama Art of Speed berlangsung di Publika, Solaris Dutamas pada tahun 2012.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rocket Company (@rocketcompany) on

Selain daripada kereta dan motosikal vintaj yang ditayangkan kepada orang ramai menjadi salah satu daya tarikan Art of Speed, secara eksklusifnya di Art of Speed Malaysia 2019, Harley-Davidson merasmikan motosikal model terbaru yang dipasarkan di Malaysia, Harley-Davidson FXDR 114.

Image Via : thelaki.com.my

Image Via : thelaki.com.my

Harley-Davidson FXDR 114 didatangkan dengan 6 warna iaitu Vivid Black, Black Denim, Industrial Gray Denim, Wicked Red Denim, Bonneville Salt Denim, dan Rawhide Denim.

Image Via : thelaki.com.my

Ditampilkan dengan visual dan design yang lebih moden, Harley-Davidson FXDR 114 juga merupakan model ke-10 Harley-Davidson dalam rangkaian model Softail™ yang mula diperkenalkan pada tahun 2018.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harley-Davidson (@harleydavidson) on

Ini spesifikasi model terbaru Harley-Davidson FXDR 114 yang korang kena tahu.

Image Via : harleypj.com

Harley-Davidson FXDR 114 dah pun boleh dibeli bermula 27 Julai 2019 di wakil pengedar Harley-Davidson seluruh Malaysia dengan harga RM122,500.

KATALAKI: Kalau pakai Harley-Davidson lalu kat area Ampang, dari Melaka dah boleh dengar bunyi dia.

Last modified: 7 August 2019