Movie Menarik Bulan May Wajib Tonton!

Sembang

Bulan lepas kita dah disajikan dengan pelbagai moviemovie yang menarik contohnya The Curse of La Ilorona dan juga movie paling ditunggu oleh ramai orang iaitu Avengers: Endgame. Untuk Avengers: Endgame sahaja aku dah tengok sebanyak tiga kali dekat panggung wayang!

via GIPHY

Untuk bulan May ini pula, kita akan disajikan lagi dengan moviemovie yang tidak kurang hebatnya. Korang pilih sahaja korang nak movie tentang apa. Bulan ini contohnya kita ada movie tentang pembunuh upahan terkenal yang kini diburu oleh orang yang pernah menjadi rakan dia dulu dan banyak lagi. Hari ini aku akan share dengan korang beberapa movie yang wajib korang tengok pada bulan May ini so get ready ok?!

BRIGHTBURN

via GIPHY

Kalau korang nak tahu, Brightburn ini merupakan satu movie yang dihasilkan oleh pengarah terkenal James Gunn dan Kenneth Huang. Cerita ini lebih kurang sama dengan storyline Superman. Semua tahu yang Superman datang ke bumi ketika dia masih lagi bayi lalu dibesarkan oleh dua manusia biasa dan seterusnya dia menjadi superhero yang terkenalkan?

Tapi korang bayangkan apa akan jadi jika Superman atau nama sebenarnya KalEl tidak memiliki sifat seorang superhero dan lebih kepada sifat super villain. Itulah yang terjadi didalam movie ini apabila dua manusia biasa menjumpai seorang bayi yang datang dari planet lain dan mempunyai superpower. Ketika dorang cuba mengajar kanak-kanak ini bagaimana cara menggunakan superpower yang dia ada untuk membantu orang lain, kanak-kanak ini mengambil jalan lain dan menggunakan power dia untuk mencederakan dan membahayakan nyawa orang disekeliling dia.

POKEMON: DETECTIVE PIKACHU

via GIPHY

Movie ini merupakan movie urban fantasy filem yang diarahkan oleh Rob Letterman. Movie ini diadatasikan daripada Pokemon franchise yang dicipta oleh Satoshi Tajiri dan daripada permainan video Detective Pikachu yang dikeluarkan pada tahun 2016.

Jalan cerita untuk movie ini berlaku di Ryme City, dimana ia merupakan bandar yang dihuni oleh manusia dan juga Pokemon. Seorang pelatih Pokemon, Tim Goodman telah didatangi seekor Pikachu yang telah hilang ingatan dan apa yang ada pada dia cuma topi yang mempunyai nama ayah Tim. Ayah Tim yang merupakan seorang detective terkenal telah menghilangkan diri setelah terlibat dengan kemalangan. So Tim dan juga Detective Pikachu telah berkerjasama dalam movie ini untuk mencari dan menyelamatkan ayah Tim.

GODZILLA: KING OF THE MONSTERS

via GIPHY

Godzilla: King of the Monsters merupakan sambungan kepada movie Godzilla yang dikeluarkan pada tahun 2014 dan merupakan movie ke-35 untuk Godzilla franchise. Movie ini juga merupakan movie ketiga untuk Legendary MonsterVerse yang mana ia turut menampilkan movie Kong: Skull Island. Ini bermaksud Godzilla dan King Kong berada didalam universe yang sama bro!

Didalam movie ini, Monarch yang merupakan agency yang mencari dan mengkaji tentang raksasa-raksasa zaman purba telah menjumpai tiga lagi raksasa baru selain Godzilla. Tiga raksasa tersebut adalah Mothra, Rodan dan juga musuh ketat Godzilla iaitu King Ghidorah yang juga merupakan naga berkepala tiga. Bila raksasa-raksasa ini terlepas, Godzilla telah kembali ke darat bagi menghalang King Ghidorah daripada menghancurkan bumi.

JOHN WICK: CHAPTER 3 – PARABELLUM

via GIPHY

Movie yang merupakan movie ketiga untuk series John Wick sememangnya ditunggu oleh orang ramai. Movie yang diarahkan oleh Chad Stahelski dan ditulis oleh Derek Kolstad. Movie ini juga dibintangi oleh pelakon popular Keanu Reeves, Halle Berry, Laurence Fishburne dan Ian McShane.

Image Via: https://aka.cool

Kalau movie sebelum ini lebih kepada John Wick kembali menjadi seorang pembunuh upahan yang paling digeruni oleh semua pembunuh upahan lain, dalam series ketiga ini, John Wick telah diburu oleh rakan-rakannya sendiri apabila satu contract berjumlah USD14 juta telah ditawarkan untuk sesiapa yang berjaya membunuh John Wick. Kalau korang minat action movie, pastikan korang tengok John Wick: Chapter 3Parabellum ini bro!

KATALAKI: Semua movie ni aku nak tengok lagi-lagi movie Godzilla: King of the Monsters! #LongLiveTheKing

Last modified: 5 May 2019