Movie Remake & Reboot – Perlu Atau Tidak?

Sembang

Sekarang kita boleh nampak banyak filem-filem lama yang di remake dan di reboot kembali. Contohnya filem The Lion King yang bakal ditayangkan pada minggu ini. Bagi korang yang tak tahu, filem ini merupakan sebuah remake daripada filem animasi yang pernah mereka keluarkan pada tahun 1994.

Bukan setakat itu sahaja, sebelum ini juga Disney ada keluarkan filem remake daripada animasi mereka yang lain seperti Dumbo, Aladdin, Peter Pan, Snow White dan dua filem terbaru yang bakal ditayangkan nanti iaitu Mulan dan juga The Little Mermaid.

Tapi kenapa Disney banyak sangat keluarkan filem remake daripada animasi-animasi klasik dorang? Ini adalah kerana semua animasi ini merupakan harta intelektual ataupun IP milik Disney. Jadi dorang mempunyai hak untuk membuat filem-filem remake dan reboot seberapa banyak yang dorang nak.

Disney boleh dikatakan sebuah syarikat yang mempunyai banyak IP dibawahnya. Sejak daripada tahun 2004, Disney semakin galak membeli IP yang dimiliki syarikat lain seperti Pixar, Marvel dan juga Lucasfilm. Jadi kalau satu hari nanti dorang ambik keputusan untuk keluarkan remake Star Wars, tiada siapa yang dapat halang dorang.

Tapi kenapa Disney makin galak beli IP daripada syarikat lain dan keluarkan remake berbanding mengeluarkan IP baru dan original daripada mereka? Well ini semua disebabkan walaupun ada orang yang tak suka filem-filem remake ini tapi kalau dibandingkan dengan berapa ramai yang suka, market untuk filem remake ini memang dijamin boleh mendatangkan keuntungan.

Itu pun kalau mereka berjaya mengikut semula cerita asal dan tidak menukar storyline untuk remake dan reboot itu terlampau banyak. Kalau dorang cuba untuk remake dan reboot tapi tidak ikut kepada cerita asal, memang filem remake dan reboot tersebut akan dijangka akan flop!

Antara filem remake ataupun reboot yang kita nampak tidak berjaya adalah Fantastic Four (2015), The Mummy (2017), Robocop (2014), Tomb Raider (2018), Ghostbusters (2016) dan banyak lagi. Kalau korang boleh tengok, semua filem yang aku senaraikan ini flop atas satu sebab, tahu tak apa sebab dia?

Ya, semua filem ini berkongsi sebab yang sama iaitu dorang merubah jalan cerita asal dan cuba menukar watak-watak yang ada dalam filem sebelum ini. Contohnya seperti filem Ghostbusters (2016), dorang bukan sahaja menukar jalan cerita asal tapi telah menukar watak-watak dalam filem ini daripada watak lelaki kepada watak wanita.

Filem ini juga mendapat kritikan yang teruk sebab script dia yang rasa sangat kosong dan tidak dilupakan apabila pengarah untuk filem ini iaitu Paul Feig dikritik teruk oleh peminat-peminat siri Ghosbusters kerana dia cuba mengutuk kembali peminat yang tidak suka dengan idea dia.

Ini telah menyebabkan filem ini mendapat kutipan yang teruk dan sebelum filem ini keluar lagi, trailer untuk filem ini telah mendapat jumlah Dislike yang cukup tinggi iaitu sebanyak 1.1 juta dan hanya memperolehi Likes sebanyak 306,000 sahaja.

Tapi bukan semua filem remake dan reboot menerima kritikan yang teruk daripada peminat asal filem tersebut. Contohnya untuk filem Rise of the Planet of the Apes yang ditayangkan pada 2011 yang mana kita semua boleh bersetuju yang ia adalah sebuah remake ataupun reboot yang berjaya.

Walaupun mereka mengubah jalan cerita dan watak-watak daripada filem asal, tapi disebabkan jalan cerita terbaru yang dorang tunjukan telah membuatkan filem reboot ini mendapat pujian yang tinggi daripada peminat-peminat. Filem ini juga berjaya mendapat pencalonan untuk banyak anugerah termasuklah anugerah Best Visual Effect di Academy Awards ke 84.

Bagi aku, aku tak berapa kisah sangat dengan filem remake ataupun reboot asalkan jalan cerita yang dorang keluarkan menarik. Walaupun dorang ubah jalan cerita ataupun tukar watak asal, janji storyline baru yang dorang hasilkan itu cukup bagus, confirm aku akan sokong!

KATALAKI: Tak sabar nak tengok The Lion King walaupun aku tahu nanti Mufasa mati hahaha!

Last modified: 17 July 2019