Movie The Last Samurai Berdasarkan Cerita Sebenar?!

Sembang

The Last Samurai merupakan sebuah filem yang dikeluarkan pada tahun 2003 dan dilakonkan oleh Tom Cruise. Di dalam filem ini, Tom Cruise melakonkan watak utama iaitu Captain Nathan Algren yang mana merupakan seorang tentera Amerika Syarikat yang diupah oleh Emperor Jepun untuk melatih tentera-tentera mereka.

Tapi tahukan korang yang sebenarnya kisah dalam filem ini diinspirasi daripada kisah benar? Sebenarnya filem ini mengambil kisah tentang seorang Askar Perancis yang bernama Jules Brunet yang mana memainkan peranan yang besar semasa perang Boshin di Jepun.

Jules Brunet telah dilahirkan pada tahun 1838 di Perancis. Ayahnya merupakan seorang military veterinary doctor dan ini membuatkan Jules ingin mengikut jejak ayahnya menjadi seorang askar. Dia telah memasuki sekolah tentera dan telah graduate sebagai seorang leftenan pada tahun 1861.

Pada awal tahun 1866, Napoleon III telah menghantar beberapa kumpulan askarnya ke Jepun bagi memodenkan corak peperangan and tentera-tentera Shogun. Jules Brunet telah dihantar ke Jepun sebagai Artillery Instructor. Dia telah melatih tentera-tentera Shogun lebih kurang dalam setahun.

Pada tahun 1867, dia telah dinaikan pangkat sebagai Captain. Jules Brunet terus melatih askar-askar Shogun yang mana dalam masa yang sama sedang berperang dalam perang Boshin. Pada tahun 1868, Jules Brunet dan juga Captain Andre Cazeneuve telah menemani Shogun dan tenteranya untuk bergerak ke kota Kyoto.

Tentera Shogun ditugaskan untuk menghantar satu surat kepada Emperor Jepun supaya dia menarik balik keputusannya untuk mengambil kembali gelaran Shogun yang terdapat pada Tokugawa Shogunate. Namun setibanya disana, askar-askar Shogun tidak dibenarkan masuk dan kemudianya mereka telah diserang oleh askar-askar milik Satsuma dan Choshu yang mana merupakan orang kanan Emperor Jepun.

Kemudian terjadilah peperangan pertama untuk Boshin War yang mana turut dinamakan sebagai The Battle of Toba-Fushimi. Walaupun tentera Shogun pada masa itu lebih kurang dalam 15,000 orang dan askar milik Satsuma dan Choshu cuma ada 5,000, askar Shogun telah kalah oleh kerana mereka tidak mempunyai kelengkapan yang sesuai.

Walaupun mereka telah dilatih untuk menggunakan senjata-senjata moden, kebanyakan askar Shogun cuma mempunyai samurai dan tombak manakala askar milik Satsuma dan Choshu telah menggunakan senapang, howitzers dan juga Gatling guns!

Peperangan ini bertahan selama empat hari dan akhirnya tentera Shogun terpaksa berundur dan melarikan diri. Jules Brunet dan Admiral Enomoto Takeaki telah melarikan diri ke kota Edo yang sekarang ini dikenali sebagai Tokyo dengan menggunakan kapal perang Fujisan.

Selepas kekalahan tentera Shogun, Emperor Jepun telah kembali berkuasa dan ramai Shogun-Shogun yang sebelum ini menentang mereka telah bersatu bersama-sama dengan Emperor Jepun. Negara luar seperti Perancis telah menarik diri daripada peperangan dan Emperor Jepun pada masa itu meminta mereka membawa balik tentera mereka ke Perancis.

Namun Jules Brunet menolak untuk pulang ke Perancis dan mengambil keputusan untuk tinggal di Jepun dan tetap berganding bahu dengan Tokugawa untuk merampas kuasa daripada Emperor Jepun. Askar-askar Shogun yang masih tinggal tetap meneruskan serangan kepada Emperor Jepun.

Peperangan terbesar yang terakhir telah berlaku kota Hokkaido yang mana telah memperlihatkan 7,000 tentera Emperor berlawan dengan 3,000 askar Tokugawa. Askar-askar Tokugawa telah tumpas disebabkan bilangan dorang yang lebih kecil dan kelengkapan mereka yang masih kuno.

Jules Brunet sempat melarikan diri Vietnam sebelum dia kembali semula ke Perancis. Jules Brunet telah dikehendaki oleh kerajaan Jepun kerana dia turut bekerjasama dan membantu askar-askar Shogun. Namun kerajaan Perancis tidak memberikan muka kepada kerajaan Jepun dan tidak membenarkan mereka mengambil Jules untuk dibawa ke Jepun untuk menerima hukuman.

Selepas beberapa tahun,rakan seperjuangannya di Jepun iaitu Enomoto Takeaki telah menerima keampunan oleh kerajaan Jepun dan dinaikan pangkat sebagai ViceAdmiral untuk tentera laut diraja Jepun. Dengan menggunakan pangkatnya sekarang, Enomoto telah meminta kerajaan Jepun untuk turut mengampunkan Jules Brunet dan juga memberikanya pingat terbesar yang dipanggil Order of the Rising Sun!

KATALAKI: Balik nanti nak tengok baliklah

Last modified: 25 September 2019