Movie Yang Bro Patut Tengok Dengan Chinggey

Sembang

Salah satu aktiviti wajib pasangan bercinta dah tentu sekali la pergi tengok movie. Takkan buat benda lain lak. Tak kisah la korang dating dengan chinggey tengok movie kat wayang ke, Netflix ke atau pun iflix ke, ada beberapa filem yang kami akan sarankan untuk korang layan dengan chinggey korang. Korang pun mesti tak nak tengok cerita yang terlalu lovey-dovey kan. Kang movie ke mana, korang tah ke mana. So, ni lah dia senarai filem yang boleh selamatkan korang daripada terseksa.

Jap, sebelum kita tengok filem apa yang sesuai layan dengan chinggey, tips BroBro yang korang patut selalu guna ialah jangan tengok filem yang terlalu berat dan memerlukan daya fokus yang tinggi kalau nak tengok dengan chinggey masing-masing. Kang banyak tanya tu satu hal, tahu-tahu kang chinggey dah terlena diulit mimpi sebab filem tu boring katanya. Dia yang tidur, filem tu gak yang salah. Jadi tanpa membebel panjang lagi, ni filem-filem untuk korang pertimbangkan.

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Dalam banyak-banyak siri filem Hantu Kak Limah, ramai orang yang cakap dan memang bersetuju filem Hantu Kak Limah yang pertama ni yang paling lawak nak mam. Bukan seram pun, lawak je lebih. Kalau tengok dengan chinggey, cerita lawak la antara yang paling sesuai. Gelak-gelak, bertepuk bertampar, kan sweet tu.

The Conjuring

Not bad gak sebenarnya kalau layan cerita seram dengan chinggey. Lagi pun kebanyakan wanita kat dunia ni semuanya suka betul dengan cerita seram. Dorang takut nak tengok tapi nak tengok gak. Acaner tu? Masa ni la brader gunakan peluang keemasan. Nak tahu chinggey korang kaki terperanjat ke kaki melatah ke kaki mencarut ke, masa tengok filem seram la kita boleh tahu. Kalau tengah scene yang mendebarkan, lengan kita gak yang dorang cari. Filem The Conjuring pun ada banyak siri. Boleh buat movie marathon terus.

The Hangover

Ada scene cemas, lawak pun ada, sesuai gak nak tengok The Hangover dengan chinggey korang. The Hangover ni dah ada 3 siri dah. Kalau korang dah tengok pun, start tengok balik filem yang pertama pun okay sangat. Lawak teruk weh filem ni. Chinggey tak faham kang senang sikit korang nak explain.

Zombieland

Cerita yang kejam tapi menyeronokkan. Kejam sebab dorang bunuh zombie. Lawak pun lawak gak. Tahun ni akan keluar filem Zombieland yang terbaru selepas 10 tahun. Mesti budak perempuan dalam filem ni dah besar nanti. Boleh la tengok balik dengan chinggey filem ni sebelum yang baru keluar nanti.

Night at the Museum

Kalau korang bukan jenis yang suka tengok filem kartun atau animasi, filem ni boleh buat korang terhibur dan dalam masa sama chinggey pun boleh terhibur. Filem Night at the Museum sekarang ni dah ada 3 siri. Tak lama lagi filem Night at the Museum ni akan jadi drama bersiri kat platform filem dan drama digital terbaru, Disney+.

KATALAKI: Sebelum keluar tengok movie tu kalau tak reti nak bersiap macam mana, boleh klik kat sini okeh.

Last modified: 12 February 2019