Movie Yang Buat Fans Mengamuk!

Sembang

Bayangkan korang pergi tengok movie baru ini. Tengok trailer dia memang mantap. Lagi-lagi pula korang memang memang minat cerita-cerita macam ni. Sekali pergi tengok sampai tengah kau mula rasa nak mengamuk sebab rupanya movie dia tak best!

via GIPHY

Movie tak best ini ada banyak sebab. Selalu yang aku jumpa adalah kalau movie superhero dia selalu lari daripada storyline asal daripada komik or daripada animasi dia. Dia punya lari tu bukan sikit tapi memang berubah langsunglah cerita dia. So hari ini aku nak share dengan korang beberapa movie yang buat peminat mengamuk!

FANTASTIC FOUR: RISE OF THE SILVER SURFER

via GIPHY

Movie Fantastic Four yang ini walaupun dapat kritikan yang banyak daripada peminat-peminat, ia boleh dikatakan still antara superhero movie yang aku minat. Dia lebih ok lah kalau nak dibandingkan dengan Fantastic Four yang dikeluarkan pada tahun 2015. Yang itu memang teruk gila sampai aku pun tak pergi tengok hahaha!

Dalam Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer, aku sebagai peminat memang mulanya dah happy gila sebab dorang perkenalkan watak Silver Surfer dengan Galactus. Kalau korang peminat komik marvel mesti korang tahu yang Galactus ini bukan calang-calang enemy. Dia terkenal dengan tubuh badan dia yang sangat besar dan dia makan planetplanet untuk kuatkan diri dia.

Tapi dalam movie ini, Dorang feature Galactus yang berbeza daripada komik. Instead of satu figure yang berbadan sangat besar, Dorang tukar bentuk Galactus kepada awan. Yes, Awan! Kecewa gila aku masa dorang tunjuk bentuk sebenar Galactus time ending.

IRON MAN 3

via GIPHY

Orang selalu cakap kalau buat movie trilogy ni, bila part 3 mesti movie itu akan flop. Aku rasa itu jugalah yang terjadi dalam Iron Man 3. Yes movie Iron Man 3 takda lah teruk sangat. Still ada scenescene yang buat aku happy gila macam scene bila Iron Man panggil semua armorarmor Iron Man dia untuk bantu dia lawan enemy. Part ini memang aku happy gila!

But still ada benda yang buatkan aku geram dengan movie ini iaitu storyline dia untuk watak The Mandarin. Masa awal-awal dia tunjukan watak The Mandarin ini aku dapat rasa macam “wow, ganas enemy ni” but semua itu musnah bila dah nak habis. Rupa-rupanya The Mandarin dorang kenalkan itu cumalah pelakon upahan yang menyamar jadi The Mandarin sahaja. Argghhh kenapa buat aku macam ini Marvel!

BATMAN V SUPERMAN: DAWN OF JUSTICE

via GIPHY

Satu lagi movie yang buat aku bengang disebabkan jalan cerita dia yang nampak malas gila. Kau bayangkan kau dah tengok trailer movie ni, siap dengan scene Batman gaduh dengan Superman sambil Batman pakai armor yang dia buat khas untuk lawan Superman.

So bila kau tahu ada scene macam ini mesti kau rasa ini mesti fight scene yang paling kau power and kau tak sabar-sabar nak tunggu scene ini keluar. Samalah macam aku but terus kecewa bila dia orang decide untuk buat satu benda yang aku rasa bodoh gila.

Untuk pengetahuan korang, Dalam movie ini mak Batman dan mak Superman mempunyai nama yang sama. So masa dorang tengah fight dan Superman dah nak kalah, dia tiba-tiba sebut nama Martha, iaitu nama mak dia. Batman dengar nama Martha ini terus teringat dekat mak dia sendiri yang dah mati masa dia kecil. Daripada dorang tengah berlawan sedap-sedap tadi terus dorang stop and kawan balik. Semua disebabkan nama mak dorang sama!

KATALAKI: Korang ada movie lain yang buat korang rage juga ke?

Last modified: 8 March 2019