Movie Review: Crawl (Spoiler Alert!)

Sembang

Pada minggu ini, aku berpeluang untuk menyaksikan filem Crawl. Bagi yang tidak tahu, Crawl merupakan sebuah movie disaster horror yang diarahkan oleh Alexandre Aja dan ditulis oleh Michael dan Shawn Rasmussen. Kalau korang tak tengok lagi movie ini, sila jangan baca article ini sebab akan ada spoiler!

Alexandre Aja boleh dikatakan terkenal dengan movie suspend horror seperti High Tension, The Hill Have Eyes dan juga Piranha 3D. Crawl ini mengisahkan tentang Haley Keller dan Dave Keller yang dilakonkan oleh Kaya Scodelario dan Barry Pepper.

STORYLINE

Mereka berdua telah terperangkap dibawah rumah mereka semasa ribut taufan sedang melanda Florida. Harley yang merupakan seorang perenang terpaksa meredah ribut taufan demi memastikan keselamatan ayahnya setelah dia gagal untuk menghubungi ayahnya.

Semasa sedang mencari ayahnya di rumah lama mereka, Harley telah turun ke bahagian basement rumahnya kerana percaya ayahnya berada disitu untuk membetulkan paip rumah lamanya. Semasa sedang mencari ayahnya, Harley telah diserang oleh seekor buaya yang besar namun berjaya melarikan diri daripada buaya tersebut.

Dia telah menjumpai ayahnya dalam keadaan cedera parah kerana ayahnya telah diserang oleh buaya tersebut terlebih dahulu. Pelbagai cara yang mereka cuba lakukan untuk keluar daripada basement namun tidak berjaya kerana bukan sahaja ada seekor buaya sahaja di basement mereka tapi ada dua ekor buaya!

Akhirnya Harley mengambil keputusan untuk melarikan diri mengikuti satu saluran air yang bersambung dengan sungai dibelakang rumahnya. Namun apa yang dia tidak tahu adalah laluan tersebut merupakan laluan yang digunakan oleh buaya-buaya ini tadi untuk masuk ke basement rumahnya.

Disekitar kawasan rumahnya, air banjir mula semakin tinggi dan buaya-buaya yang berada di ladang berdekatan dipercayai telah berjaya meloloskan diri daripada sangkar mereka. Sekarang diluar rumah dorang dah dikerumuni oleh buaya-buaya ganas dan Harley dan ayahnya harus melarikan diri secepat yang mungkin sebelum air banjir semakin tinggi.

Harley dan ayahnya berjaya naik ke tingkat atas rumahnya tapi disebabkan air banjir sudah semakin tinggi, buaya-buaya yang berada diluar rumah mereka berjaya masuk ke dalam rumah. Untuk menyelamatkan diri mereka terpaksa naik sehingga ke bumbung rumah namun semasa sedang melarikan diri, Harley sekali lagi telah diserang oleh buaya ganas tadi dan terpisah dengan ayahnya.

Harley terpaksa berenang keluar dari rumah untuk naik ke bumbung terus dan akhirnya dia dan ayahnya berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat. Ok aku rasa cukup saja dekat situ aku tulis storyline dia. Nak rasa feel yang lagi mantap korang kena pergi tengok sendiri dekat wayanglah. Jadi apa komen aku tentang movie ini?

YANG BEST

Image Via: https://www.denofgeek.com

Kita komen tentang benda yang best dululah. Jumpscare untuk filem Crawl ini aku rasa agak sedap. Memandangkan pengarah dia adalah Alexandre Aja sebab itu jumpscare dia bagus. Apa yang membuatkan filem ini bertambah suspend adalah aku sebagai penonton tahu yang buaya-buaya itu memang ada berdekatan dengan pelakon tapi perasan nak tunggu buaya itu keluar yang membuatkan hati aku jadi tak tenang.

Image Via: https://www.denofgeek.com

Disebabkan scene movie ini banyak dirakam di dalam rumah iaitu di bahagian basement, perasaan suspend itu lagi membuak-membuak sebab cara dorang rakam scene tersebut membuatkan aku rasa macam terperangkap bersama-sama dengan watak dalam filem ini.

Image Via: https://www.denofgeek.com

Moral yang cuba ditunjukan dalam movie ini pun bagi aku agak mantap sebab dia menceritakan tentang seorang anak yang membesar dengan tanggapan dia seorang anak yang gagal untuk memuaskan hati ayah dan ibu dia. Ini dapat dilihat lagi apabila watak Harley merasakan dia menjadi sebab utama ayah dan ibu dia bercerai

YANG TAK BEST

Ok aku dah cerita apa yang aku suka tentang filem Crawl, sekarang kita masuk part yang aku tak suka pula. Pertama sekali part yang aku tak suka adalah sebab buaya yang dorang gunakan adalah seratus peratus CGI. Aku faham CGI lebih mudah dan bukan nak cakap dorang patut guna buaya yang betul tapi kalau dorang gunakan mechanical untuk buaya tersebut aku rasa effect seram dia akan lebih bagus.

Korang bayangkan korang dah rasa suspend sebab Harley tengah berenang nak larikan diri tapi suspend itu terus hilang sebab yang serang dia adalah buaya CGI. Salah satu movie tentang buaya yang aku minat yang gunakan buaya mechanical adalah sebuah filem yang bertajuk Rogue. Effect suspend dalam movie ini dapat dikekalkan sebab dorang tak menggunakan CGI 100% tapi turut menggunakan buaya mechanical bagi scenescene close up sama seperti movie JAWS yang dikeluarkan pada tahun 1975 dahulu.

Lagi satu yang buatkan aku rasa menyampah sebab aku rasakan segala tindakan yang dorang ambik dan pilih dalam movie ini menjadi satu tindakan yang sangat sia-sia. Contohnya apabila Harley dan ayahnya berjaya keluar dari rumah mereka, mereka telah ternampak sebuah bot berdekat dengan rumah dorang.

Dorang mengambil keputusan untuk pergi ke bot tersebut untuk larikan diri tapi disekeliling bot tersebut penuh dengan buaya-buaya yang sedang berenang. Selepas mereka berjaya menaiki bot tersebut, empangan air yang berada berdekatan dengan rumah dorang pecah tapi mereka mengambil keputusan untuk duduk diam dalam bot tersebut dan bukannya melarikan diri menggunakan bot tersebut. Akhirnya tindakan tersebut membuatkan bot yang dorang naik terhempas ke dalam rumah dorang!

Itu sajalah apa yang aku boleh katakan tentang movie ini, Bagi aku movie ini bukanlah satu movie yang terlalu teruk, tapi masih banyak lagi yang dorang boleh lakukan untuk memantapkan lagi movie ini lagi-lagi kalau dorang kurangkan penggunaan CGI. Aku bagi rate movie ini 6/10!

KATALAKI: Crawl akan mula ditayangkan bermula hari ini dipawagam-pawagam yang berdekatan.

Last modified: 16 July 2019