Movie Review: Kingdom (Spoiler Alert!)

Sembang

Baru-baru ini, aku diberi kesempatan untuk menonton sebuah movie jepun yang diadaptasi daripada Manga and Anime terkenal iaitu Kingdom. Kingdom yang aku nak cerita ini bukan korean drama yang sedang disiarkan dekat Netflix sekarang tapi sebuah movie action adventure Jepun yang diarahkan oleh Shinsuke Sato dan dikeluarkan oleh Sony Picture Japan.

Seperti yang aku bagitahu tadi, movie ini merupakan sebuah movie yang diadaptasi daripada manga dengan nama yang sama. Manga ini telah dihasilkan oleh Yasuhisa Hara dan di publish oleh Shueisha. Sebelum aku bercerita panjang, terus-terang aku tak pernah tahu kewujudan manga Kingdom ini sehinggalah aku dapat jemputan untuk tengok movie ini.

STORYLINE

Movie ini mengisahkan tentang dua orang anak yatim piatu yang hidup di zaman Ancient China, iaitu sebelum sebelum dinasti-dinasti China bersatu menjadi sebuah negara. Seorang anak yatim piatu, Shin yang dilakonkan oleh Kento Yamazaki terpaksa berkhidmat sebagai seorang hamba abdi.

Satu hari dia telah dijual kepada seorang peladang dan disitulah dia berjumpa dengan seorang lagi anak yatim bernama Hyou yang dilakokan oleh Ryo Yoshizawa. Walaupun mereka tidak mempunyai apa-apa pertalian darah, disebabkan mereka membesar bersama-sama, hubungan Shin dan Hyou ibarat adik-beradik kandung. Mereka cuba untuk keluar daripada kemiskinan dan salah satu cara adalah dengan berlatih menjadi seorang pemain pedang yang handal dan kemudiannya menjadi seorang General paling hebat di dunia. Satu hari, wakil daripada istana Qin telah mengambil Hyou untuk dijadikan sebagai salah seorang askar di istana apabila mereka ternampak kehandalan Hyou bermain pedang.

Namun ini bermaksud Hyou dan Shin terpaksa berpisah. Shin telah berjanji yang dia akan menjadi lebih kuat dan satu hari nanti akan bersama-sama dengan Hyou untuk berkhidmat untuk Emperor Qin. Namun tidak berapa lama, Hyou telah kembali ke ladang tempat tinggal dia dahulu dalam keadaan cedera parah. Hyou telah memberitahu Shin yang adik kepada emperor Qin iaitu Sei kyou yang dilakonkan oleh Kanata Hongo telah cuba untuk merampas takhta abangnya. mereka telah melakukan serangan mengejut dan Hyou telah tercedera disebabkan serangan tersebut.

Sebelum Hyou menghembus nafas dia yang terakhir, dia telah memberitahu kepada Shin untuk mencari seseorang untuk membantu mengembalikan Takhta istana Qin kepada raja yang betul dan memberikan dia satu peta lokasi orang yang dia perlu cari. Tanpa membuang masa Shin terus berlari sehinggalah dia tiba di sebuah khemah yang tersorok. Bila dia cuba untuk melihat siapa yang berada dalam khemah tersebut, Shin terkejut kerana wajah orang tersebut sama dengan wajah sahabatnya, Hyou.

Rupa-rupanya, orang yang berada di dalam khemah itu tadi adalah Eisei, raja sebenar kerajaan Qin yang berjaya melarikan diri sebelum adiknya cuba merampas takhtanya. Hyou sebenarnya telah dibawa ke istana Qin untuk menyamar menjadi Eisei supaya kalau ada-ada apa yang terjadi, raja sebenar kerajaan Qin dapat diselamatkan terlebih dahulu. mendengar tentang rancangan ini, Shin berasa sangat marah dan cuba untuk menyerang Eisei kerana baginya, Hyou telah mati disebabkan oleh Eisei. Namun sebelum sempat Shin menyerang Eisei, seorang pembunuh upahan, Jo Kan daripada Shukyou Clan telah meyerang mereka.

Jo Kan telah diupah oleh Sei Kyou untuk membunuh Eisei tapi dia telah tersilap orang dan telah membunuh Hyou. Mendengar Jo Kan adalah orang yang telah menyerang Hyou, Shin telah menyerang Jo Kan untuk membalas dendam. Walaupun Jo Kan merupakan seorang pembunuh upahan yang sangat handal, dia akhirnya tetap kalah dengan Shin yang telah menyerangnya dengan penuh rasa amarah. Walaupun Shin masih lagi marah terhadap Eisei, dia harus membantu Eisei demi melunaskan janji dia kepada mendiang Hyou.

Eisei memberitahu untuk merampas kembali takhta dia sebagai raja sebenar kerajan Qin, dia perlu mencari bala tentera untuk melawan askar kerajaan Qin yang berjumlah seramai 80,000 orang yang sekarang ini telah dikawal oleh adiknya. Walaupun masih ada askar daripada kerajaan Qin yang membantu Eisei, namun mereka masih kekurangan orang yang secukupnya untuk melancarkan serangan. Satu-satunya cara adalah mereka perlu bergabung dengan puak gunung. Namun rancangan ini bukanlah satu rancangan yang mudah.

Ini kerana dahulunya kerajaan Qin dan puak gunung telah cuba untuk hidup bersama-sama sebagai sebuah negara tapi selepas Raja Qin yang terdahulu mati, mereka telah dihalau oleh rakyat-rakyat Qin dan mereka terpaksa kembali hidup dikawasan pergunungan. Setibanya Eisei dan Shin dikawasan kubu puak gunung, mereka telah diserang oleh askar-askar puak gunung dan di bawa untuk mengadap ketua mereka iaitu Yo Tan Wa yang dilakokan oleh Masami Nagasawa.

Setelah berbincang dan melupakan persengketaan antara kerajaan Qin dan puak gunung, Yo Tan Wa akhirnya bersetuju untuk membantu Eisei dan Shin untuk merampas kembali kerajaan Qin daripada Sei Kyou. Walaupun telah bergabung dengan tentera puak gunung, mereka masih kekurangan askar jadi mereka harus mencari idea yang betul supaya mereka dapat masuk ke dalam istana Qin dengan selamat. Shin dan Eisei mengambil keputusan untuk menyamar sebagai askar puak gunung dan mengikuti Yo Tan Wa ke istana Qin dan menyatakan mereka ingin bergabung dengan Sei Kyo untuk memburu abangnya.

Adakah rancangan mereka akan berjaya? Yang itu korang kena tengok movie ini sendirilah. Kalau aku cerita semua tak payahlah korang pergi tengok movie dia hahaha! Okay aku dah bercerita tentang storyline, sekarang aku nak bercakap tentang apa yang aku minat dan tak minat tentang movie ini. Kita mulakan dengan apa yang aku minat dahulu.

YANG BEST

Terus terang aku cakap, expectation aku untuk movie ini memang tak tinggi. Lagi-lagi sebab aku memang tak tahu tentang kewujudan manga dan anime dia. Tapi selepas habis menonton movie ini, aku betul-betul terkejut dengan quality movie ini dan aku keluar dari pawagam ini dalam hati yang puas. Walaupun movie ini tidak memasukkan beberapa benda yang ada dalam anime dan manga asalnya, tapi pengarah Shinsuke Sato berjaya membuatkan jalan cerita untuk movie ini masih menarik.

Ada beberapa benda yang menarik yang cuba ditunjukkan dalam movie ini. Antaranya hubungan antara dua orang yang berbeza lebih akrab daripada hubungan adik-beradik. Contohnya hubungan antara Shin dan Hyou berbeza dengan hubungan Eisei dan adiknya, Sei Kyo. Walaupun Shin dan Hyou bukannya adik-beradik kandung, tapi Shin sanggup mengadaikan nyawa dia demi untuk melaksanakan janji dia kepada Hyou dan membalas dendam atas kematiannya.

Berbeza pula dengan Eisei dan Sei Kyo, Walaupun mereka mempunyai ibu yang berlainan tapi masih mempunyai ayah yang sama. Ibu Eisei merupakan seorang penari dan rakyat biasa manakala ibu Sei Kyo pula daripada darah bangsawan. Mereka mempunyai pertalian darah yang sama namun disebabkan sikap tamak dan iri hati, Sei Kyo sanggup menyerang dan menyuruh askar-askarnya untuk membunuh Eisei supaya dia dapat menjadi raja sebenar kerajaan Qin. Dekat sini kita boleh lihat, mereka yang susah dan senang bersama mempunyai ikatan yang lebih kukuh berbanding mereka yang mempunyai pertalian darah.

YANG TAK BEST

Agak susah sebenarnya aku nak cari apa yang tak best untuk movie ini sebab aku memang betul-betul enjoy semasa menonton movie ini. Kritikan yang aku boleh bagi mungkin untuk beberapa scene yang sepatutnya ada dalam movie seperti dalam manga asalnya tidak dimasukkan ke dalam movie ini. Tapi benda ini kita dah selalu tengok dekat mana-mana movie yang diadaptasi daripada manga dan anime. Sebagai contohnya movie Attack on Titan dan juga Death Note.

Bila aku bercakap tentang Death Note, aku bercakap movie dia yang dikeluarkan pada tahun 2006 dan bukannya versi Netflix ye. Versi Netflix memang hancur! Itu sajalah aku rasa kritikan yang aku ada untuk movie ini. Bagi aku movie ini sangat-sangat menarik dan kalau korang minat moviemovie yang diadaptasi daripada manga dan anime, movie Kingdom ini korang memang kena pergi tengok. Aku berani jamin korang tak akan kecewa dengan movie ini. Untuk movie ini aku bagi rate 8/10.

KATALAKI: Harap-harap movie ini akan ada sequel!

Last modified: 16 July 2019