Mudahkan Pengurusan Perbelanjaan Dengan Spendee

Tech

Tahukah korang menurut Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Azaddin Ngah Tasir dari tempoh 2012 sehingga 2016 hampir 100,000 rakyat Malaysia telah disahkan muflis.

Golongan muda boleh dikatakan golongan yang ramai mempunyai status muflis disebabkan hutang kad kredit dan jugak kerana gagal untuk mengurus kewangan dengan lebih bijak.

Jadi hari ni aku nak share dengan korang 1 aplikasi yang boleh bantu korang uruskan perbelanjaan korang dengan lebih teratur and dengan lebih mudah. Aplikasi yang aku nak share dengan korang ni nama dia SPENDEE.

 

 

Dengan Spendee ni korang bukan sahaja boleh uruskan duit yang ade dalam dompet ataupun poket korang, malahan korang sambungkan terus bank akaun korang untuk mudahkan korang keep track perbelanjaan yang menggunakan E-Banking.

Korang juga boleh apply perbelanjaan korang secara manual didalam aplikasi Spendee ni. Aplikasi ni boleh digunakan smartphone Android, IOS dan jugak boleh digunakan pada PC.

Terdapat lebih 25 jenis perbelajaan dan 5 sumber kewangan yang boleh korang pilih. Korang juga boleh tetap sendiri jenis perbelajaan ataupun Income yang sesuai dengan situasi korang.

 

 

Setiap hari korang boleh tengok sendiri berapa perbelanjaan seharian dan jugak berapa income yang korang terima. Interface untuk aplikasi Spendee ini sangat senang korang fahami. Dengan cara macam ni, korang akan lebih senang tahu perbelanjaan yang mana korang rasa macam terlalu tinggi dan patut korang kurangkan.

Dengan aplikasi Spendee ni jugak korang boleh setkan berapa budget untuk perbelanjaan korang untuk sehari hingga sebulan. Sebagai contoh korang setkan cuma boleh belanja lebih kurang RM1,000 sahaja sebulan.

So apa saja yang korang beli dari tarikh yang korang dah tetapkan tu akan automatik masuk dalam budget bulanan yang korang dah setkan. Dengan cara macam ni korang akan lebih berhati-hati dalam berbelanja sebab tak nak over budget.

 

 

Jadi kalau korang jenis yang selalu overspend macam kitorang, aplikasi Spendee ni sangatlah sesuai dengan korang.

Yang penting korang kena jujurlah masa masukan perbelanjaan korang. Jangan pulak nanti korang beli game tapi tak masukan dalam Spendee sebab takut nanti awek check, habis kene bebel nanti!.

KATALAKI : Yang penting berbelanjalah mengikut kemampuan sendiri ye!

 

Last modified: 17 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *