Macam-macam cabaran yang kita akan hadapi bila bekerja tak kira lah kerja dalam apa bidang sekali pun. Macam mana pula kalau cabaran tersebut terpaksa korang tempuh di depan orang ramai? Ini yang berlaku kepada seorang penyampai berita yang tengah melaporkan berita bola sepak di Rusia secara langsung di TV. Korang try tengok dulu video kat bawah ni.
– Кристиан Бистрович. Я сейчас прямо стану мокрым
Он становился все мокрее и мокрее. Но все равно продолжал говорить…https://t.co/kBQcQLrf6W@eugen_evnevich pic.twitter.com/HzQY4VkDKk
— Матч ТВ (@MatchTV) August 25, 2019
Boleh nampak la betapa laju dan padunya air semburan untuk membasahkan rumput padang di dalam stadium tu. Bayangkan la air semburan tu terkena muka. Penyampai berita yang dikenali sebagai Evgeny Evnevich, tengah menyampaikan berita beberapa jam sebelum perlawanan bola sepak antara pasukan CSKA Moscow menentang Akhmat Grozny bermula dan secara tiba-tiba penyembur air di dalam padang menghala ke muka Evgeny Evnevich.
View this post on Instagram
Ini antara ayat yang dikatakan oleh Evgeny Evnevich semasa membaca berita sambil disembur oleh penyembur air.

Image Via : indy100.com
Ini rakaman daripada penonton yang ada di dalam stadium semasa Evgeny Evnevich terkena penyembur air.
View this post on Instagram
KATALAKI: Basah tu satu hal. Kalau terkena renjatan elektrik kat microphone tu bahaya gak.