Mungkin 10 Fakta Saintifik Ni Masih Dipercayai

Sembang, ZAP, ZeKool

Sejak di bangku sekolah kita telah disuap dengan fakta-fakta saintifik berkenaan dunia dan alam semesta. Ada fakta yang memang kita terima dengan bukti saintifik yang kukuh seperti putaran matahari mengelilingi matahari, dan ada juga fakta yang kita tolak terus walaupun dah buat kajian seperti evolusi manusia yang bermula daripada monyet. Ada juga fakta saintifik yang ditolak selepas dibuktikan salah seperti flat earth, tapi entah dari mana muncul semula kumpulan yang mengangkat semula teori flat earth ni. So kali ni aku nak share 10 fakta saintifik yang dianggap tidak benar lagi pada zaman sekarang. let’s go.

1. AIR CUMA ADA DI BUMI JE

Fakta ini mungkin disebabkan pada waktu dahulu ahli pengkaji bintang tidak mempunyai alatan yang canggih yang mampu melihat struktur permukaan planet lain dengan jelas. Tapi kini setelah teknologi menjadi semakin maju, mereka telah mampu menemui bukti bahawa planet Marikh sebenarnya mempunyai banyak air. Sama juga seperti planet-planet lain dan bulan. Menurut penemuan National Aeronautics and Space Administration (NASA), didapati bulan yang digelar Europa di planet Musytari mempunyai lebih banyak air berbanding bumi.

2. DINOSAUR DAH PUPUS

Mengikut pembacaan kita dahulu, spesis dinosaur dikatakan telah pupus akibat hentaman batu meteor yang dasyat 65 juta tahun dahulu. Sebenarnya sehingga sekarang terdapat haiwan yang membawa genetik spesis dinosaur seperti burung merpati, hummingbird, dan burung camar. Secara harfiahnya memang lah dinosaur macam T. Rex tu dah pupus, tapi genetik diorang masih ada sampai sekarang. Menurut pakar paleontologi, burung-burung yang terdapat pada hari ini merupakan hasil daripada evolusi spesis dinosaur.

3. OTAK KIRI DAN OTAK KANAN

Aku selalu ingat yang aku ni lebih cenderung menggunakan otak kanan sebab suka benda-benda yang kreatif dan tak suka mengira. Tetapi sebenarnya tak ada kajian pun yang dapat menunjukkan kecenderungan penggunaan otak kiri dan kanan pada seseorang. Apa yang kita tahu adalah setiap bahagian otak mempunyai peranan masing-masing, seperti bahagian kanan yang mengawal percakapan dan bahagian belakang yang membolehkan kita melihat.

4. MANUSIA ADA 5 DERIA

Aku still ingat lagi masa sekolah rendah ada belajar pasal deria pada manusia ni. Secara asasnya kita belajar yang manusia mempunyai 5 deria iaitu deria sentuhan, rasa, bau, penglihatan dan pendengaran. Tapi itu adalah deria asas pada kita. Manusia juga sebenarnya mempunyai deria lain seperti Proprioception untuk merasakan orientasi badan kita dalam sesuatu ruang, thermoception sebagai deria rasa suhu persekitaran, equilibrioception untuk keseimbangan badan, dan juga interoception untuk rasa keadaan fisiologi kita.

5. LIDAH ADA PETA RASA

Ini juga merupakan salah satu fakta yang kita pernah nampak dalam buku atau majalah sains. Disebabkan fakta ni lah kita selalu letak madu atau manisan di bahagian depan lidah, sebab ingat tu deria manis. Deria rasa pada lidah kita ni sebenarnya sama je pada seluruh lidah. Tak ada tempat yang rasa lebih manis atau lebih masam.

6. KITA GUNA 10% DARI OTAK KITA

Otak manusia sebenarnya digunakan tanpa henti sampai lah kita mati. Otak kita juga menggunakan 20% dari tenaga badan kita. Otak manusia sentiasa digunakan walaupun tanpa kita sedar dan bahagian-bahagian otak kita juga aktif sepanjang masa. Jadi otak manusia hanya digunakan sebanyak 10% tu boleh dikatakan sebagai mitos. Tapi aku percaya juga dengan fakta ni dulu.

7. KELAKAR HAIWAN YANG BUTA

Kelawar sebenarnya tak buta. Siapa yang cakap kelawar buta ni. Kelawar mempunyai penglihatan hitam dan putih. Seperti buta warna, sebab kelawar mempunyai receptor warna yang rendah. Tetapi mereka boleh melihat dengan baik dan pada waktu malam, penglihatan kelawar lebih tajam.

8. LEMBU JANTAN TAK SUKA WARNA MERAH

Lembu jantan dan juga lembu-lembu lain sebenarnya separa buta warna. Tetapi merupakan haiwan yang agak defensive sekiranya diserang dan menerima ancaman. Biasanya yang kita nampak matador yang kibar kain merah sampai lembu jantan ni menyerang, tu disebabkan oleh provokasi daripada matador itu sendiri. Bukannya sebab lembu tu nampak kain merah. Tapi kenapa kain merah digunakan adalah sebab matador tu tak nak bagi orang ramai nampak kalau diorang tercedera sehingga berdarah.

9. TIADA GRAVITI DI ANGKASA LEPAS

Mungkin disebabkan segala objek yang ada di angkasa lepas dilihat terapung, jadi kita beranggapan bahawa tiada graviti di angkasa lepas. Fakta yang sebetulnya adalah di angkasa lepas terdapat graviti mikro, iaitu graviti yang mempunyai daya tarikan yang sangat rendah. Jadi ia kelihatan seolah-olah angkasawan terapung di space shuttle. Boleh dikatakan air tidak terpaung di angkasa, cuma jatuh ke bawah dengan sangat perlahan.

10. KILAT TIDAK MEMANCAR PADA TEMPAT YANG SAMA DUA KALI

Pada tahun 2003, saintis mendapati bahawa kilat tidak hanya memancar pada satu tempat. Kilat sering memancar pada tempat yang sama lebih dari sekali, atau sekurang-kurangnya pada jarak yang berdekatan. Mungkin bukan idea yang baik untuk berada hampir dengan tempat yang berkilat.

KATALAKI: Dalam 10 tu ada tak fakta yang korang masih percaya sampai sekarang?

Last modified: 7 May 2020