Mungkin Ada Yang Tak Tahu Lagi Punca Kewujudan Benda Ni

Sembang

Setiap benda yang dicipta, mesti ada tujuannya yang tersendiri. Tapi kadang-kadang bila kita selalu gunakan benda tersebut, kita jadi tak perasan ada kegunaan tersembunyi yang boleh memudahkan lagi kerja kita sebenarnya. Contohnya kalau korang guna screwdriver, perasan tak pemegang screwdriver tu ada bentuk yang tersendiri. Selain daripada memudahkan untuk kita pegang dan putar screwdriver, korang boleh gak gunakan sepana gelang untuk putarkan screwdriver.

Image Via : reddit.com

Berapa kali korang menaip gunakan laptop atau PC dalam sehari? Perasan tak huruf “J” dan “K” kat keyboard tu ada garisan timbul? Ada tujuannya kenapa garisan yang timbul tu wujud. Tujuan utamanya ialah untuk memudahkan ingatan manusia menaip menggunakan keyboard tanpa perlu melihat setiap huruf di keyboard. Berapa laju korang boleh taip kalau tak tengok keyboard?

Image Via : mixping.com

Macam mana lak korang nak tahu lubang tangki minyak kereta korang belah mana bila dah menuju ke stesen minyak? Mungkin ada lagi yang belum tahu, korang boleh tengok je kat simbol minyak yang ada kat dashboard kereta korang tu ada tunjuk kiri atau kanan. Kalau takde simbol ni kat kereta korang, beli kereta lain.

Image Via : 6abc.com

Bila korang minum air tin, pembuka tin yang berlubang tu ada tujuannya. Korang boleh cucuk straw kat dalam lubang tu bila minum supaya straw kekal kukuh dalam tin. Takde la terpusing-pusing straw tu. Tapi kalau sebelum korang nak buka tin dah tercabut pembuka tin tu, pandai-pandai korang la cari jalan macam mana nak buka air tin tu.

KATALAKI: Dah tahu pasal kegunaan barang-barang ni, lepas ni boleh cuba sama ada betul-betul berguna ke tak.

Last modified: 23 September 2019