Narcos Is Back!! Breaking Bad The Movie?!

Sembang

Kalau korang antara pengikut siri TV Narcos confirm excited dengan trailer terbaru yang dikeluarkan oleh Netflix baru-baru ni! Usha bawah ni boss.

Untuk musim ke 4 ni, Narcos kembali dengan jalan cerita yang baru mengenai kartel dadah yang famous sekitar tahun 1980-1989, Guadalajara Cartel yang beroperasi di Mexico. Ya, Narcos:Mexico is inspired by a true story!

Bakal ditayangkan kepada umum pada 16 November 2018, ini antara info-info penting sebelum korang menghadap Narcos:Mexico dekat Netflix.

Guadalajara Cartel

Narcos: Mexico akan menceritakan mengenai The Godfather, Felix Gallardo, yang menubuhkan Guadalajara Cartel sehingga menjadi empayar dadah terbesar di Mexico, diburu oleh ejen DEA, Kiki Camarena.

Felix Gallardo

Guadalajara Cartel ni ada kena-mengena juga dengan Cali Cartel. Kalau korang ingat lagi, musim kedua dan ketiga Narcos ada cerita pasal Cali Cartel. Watak El Chapo pun ada dalam Narcos: Mexico nanti. Korang ingat lagi siapa El Chapo? Pada tahun 2009 hingga 2011, El Chapo pernah disenaraikan oleh Forbes, “one of the most powerful people in the world, ranking him 41st, 60th, and 55th, respectively.”

El Chapo

Sumber : AP

Pemantau Lokasi Pengambaran Narcos:Mexico Dibunuh

BBC pernah keluarkan berita mengatakan salah seorang daripada pihak produksi Narcos, Carlos Muñoz Portal ditembak mati masa tengah bekerja di Mexico mencari tempat yang sesuai untuk pengambaran Narcos: Mexico.

Sumber : BBC

Watak Javier Pena Masih Samar-Samar

Kalau korang ikut siri TV Narcos daripada musim pertama sampai musim ketiga, mesti korang familiar dengan watak Javier Pena lakonan Pedro Pascal.

Sejujurnya watak Javier Pena ni antara watak yang sangat penting untuk siri Narcos yang sebelum ni. Ramai yang tengok Narcos sebab suka dengan lakonan Pedro Pascal sebagai Javier Pena. Seorang polis yang cool dan bijak.

Menurut deenofgeek.com, penerbit Narcos, Eric Newman ada cakap yang watak Javier Pena masih lagi samar-samar. Mungkin ada atau mungkin tidak dalam Narcos: Mexico.

Sumber : deenofgeek.com

Breaking Bad The Movie

Menurut variety.com, pencipta dan penerbit Breaking Bad, Vince Gilligan tengah busy buat movie Breaking Bad yang mana ianya adalah sambungan cerita mengenai Jesse Pinkman yang dilakonkan oleh Aaron Paul.

Sumber : variety.com

Permulaan filem ini akan terus bersambung dari saat Jesse Pinkman melarikan diri selepas diselamatkan oleh Walter White yang dilakonkan oleh Bryan Cranston. Masa ending siri TV Breaking Bad, Walter White cedera ditembak dan balik ke tempat dia memproses dadah. Lepas tu kita boleh nampak yang sepasukan ejen DEA telah mengepung Walter White.

Persoalannya sekarang, adakah Walter White masih hidup? Kalau hidup, Walter White akan muncul dalam movie Breaking Bad atau tak? Sama-sama kita nantikan okeh!

KATALAKI: Standby korang punya quota internet untuk Narcos: Mexico release 16 November!

Last modified: 16 November 2018