Disney+: Musuh Ketat Terbaru Netflix, Akan Datang 2019

Sembang

8 Nov lepas, CEO Disney, Bob Iger dah announce yang bermula 2019, takde lagi filem Disney dalam Netflix! Tapi korang jangan risau, ini semua sebab Disney akan lancarkan platform digital streaming terbaru sejibik macam Netflix yang diberi nama Disney+.

Antara filem dan siri drama yang akan ada dalam Disney+ nanti termasuklah filem dan siri drama daripada Marvel, Pixar dan National Geographic.

Bob Iger ada bagi tahu juga yang dekat Disney+ nanti ada Marvel original series mengenai Loki, watak penyeri dalam semua filem Avengers yang dilakonkan oleh Tom Hiddleston! Tak cukup dengan Loki, gosip liar ada mengatakan yang Disney juga merancang untuk terbitkan juga original series mengenai superhero Avengers yang lain antaranya Falcon, Winter Soldier, dan Scarlet Witch dalam Disney+!

Untuk peminat kartun bermata satu dan gergasi berbulu dalam Monster Inc, Mike Wazowski dan Sulley juga akan muncul dalam Disney+ dengan original animated series terbaru Monster Inc! Ada beberapa lagi filem dan siri drama turut akan ditampilkan dalam Disney+ antaranya ialah Star Wars original series dan High School Musical original series.

Filem Disney Yang Korang Boleh Layan Sebelum Hilang Daripada Netflix

Disebabkan Disney dah confirm yang dorang akan tarik balik semua content Disney yang ada dalam Netflix, ini antara movie yang korang masih boleh layan sebelum Disney+ dilancarkan.

Ratatouille (2007)

Wreck-It Ralph (2017)

Cars (2006)

UP (2009)

The Incredibles (2004)

Toy Story, Toy Story 2 & Toy Story 3

Aladdin (1992)

Filem Marvel Yang Ada Lagi Di Netflix

Selain daripada filem Disney yang akan ditarik balik, filem Marvel juga akan ditarik balik oleh Disney daripada Netflix untuk ditayangkan secara eksklusif di Disney+. Nah ni filem Marvel yang korang masih boleh tengok kat Netflix.

Marvel’s Avengers (2012)

Doctor Strange (2016)

Captain America : The Winter Soldier (2014)

Iron Man 3 (2013)

KATALAKI: Rasa-rasanya Disney+ akan kena cukai juga tak nanti?

Last modified: 15 November 2018