Mysterio Sama Seperti Syndrome?

Sembang

Masih tak habis lagi tentang Spider-Man: Far From Home, Kali ini aku nak share dengan korang satu fan theory tentang Mysterio, watak yang akan muncul dalam movie Spider-Man: Far From Home. Aku ada tulis artikel tentang musuh-musuh yang mungkin akan muncul didalam movie ini, kalau korang nak baca korang boleh klik SINI.

Ok sebelum kita ke fan theory yang sedang hangat diperkatakan tentang movie ini, kita berkenalan dulu siapa dia Mysterio ni. Mysterio merupakan salah seorang super villain dan musuh ketat kepada SpiderMan.

Mysterio ataupun nama sebenar dia Quentin Beck pada mulanya hanyalah seorang stunt man yang mahir dalam special effect dan berkerja di sebuah studio terkenal di Hollywood. Dalam hidup dia, dia nak jadi seorang yang femes dan dikenali ramai.

Namun tak ada siapa pun pandang dia and bakat yang dia ada pun orang tak hiraukan. Disebabkan ini, dia akhirnya menjadi seorang penjahat dan gunakan kepakaran dia dalam special effect untuk mengelirukan musuh.

Mysterio mula muncul sebagai enemy kepada SpiderMan pada komik The Amazing SpiderMan isu 13 yang dikeluarkan pada June 1964. Mysterio juga merupakan ahli dalam team Sinister Six, sebuah team super villain yang misi dia cuma nak bunuh SpiderMan.

Ok cukuplah kot dia punya origin story. Sekarang kita masuk bab fan theory pula tentang Mysterio yang akan muncul didalam movie SpiderMan: Far From Home ni. Sebelum ini aku ada post artikel aku dekat Facebook dan beberapa member aku dekat Facebook ada cakap sesuatu yang buatkan aku rasa “hmmm boleh jadi jugak”

SPOILER ALERT!

via GIPHY

Kemungkinan theory ini mungkin betul so kalau korang tak suka spoiler, please jangan baca ya. Kalau korang baca jugak lepas tu meroyan cakap aku bagi spoiler, aku starlight dahi korang!

Kalau korang tengok dalam trailer SpiderMan: Far From Home yang baru saja dikeluarkan baru-baru ini mesti korang akan perasan dua benda. First sekali dalam movie ini maybe SpiderMan akan berlawan dengan multiple enemy dan second, SpiderMan tag team dengan Mysterio.

CUMA ILUSI!

Dalam artikel sebelum ini, aku ada cakap kemungkinan SpiderMan akan berlawan dengan multiple enemy seperti HydroMan, Sandman dan Molten Man. Mysterio jugak kemungkinan besar akan jadi enemy but akan bermula sebagai superhero.

Kemungkinan besar enemy seperti HydroMan, Sandman dan Molten Man tak wujud pun dalam movie SpiderMan: Far From Home. Maybe ketiga-tiga enemy ini cuma ilusi yang dibuat oleh Mysterio.

Macam yang korang tahu, Mysterio ini memang pakar dalam special effect dan untuk dia create ilusi yang ketiga-tiga enemy ini wujud memang small matters je bagi dia. Mungkin dia saja create enemyenemy ini untuk bagi benefit kepada dia saja.

Tapi benefit apa yang dia akan dapat bila create ketiga-tiga enemy ini dan kenapa ada satu scene dalam trailer nampak dia tengah berlawan dengan HydroMan, salah seorang enemy yang mungkin Mysterio created.

BERLAKON JADI SUPERHERO?

Korang kena ingat yang Mysterio nak diri dia jadi terkenal. Kemungkinan besar dia create ketiga-tiga enemy ini dan berlakon seperti dia superhero yang kalahkan enemyenemy ini. So bila dia dapat kalahkan enemy ini, automatic dia akan jadi terkenal seperti Captain America dan Iron Man.

Mungkin sebab itu dalam satu scene kita boleh nampak Mysterio dalam full costume dia sedang berlawan dengan HydroMan. Nick Fury mungkin bawak dia untuk membantu SpiderMan dan bila dia sorang saja dapat kalahkan enemyenemy, Dia fikir maybe Nick Fury akan ambik dia dan masukkan dalam Team Avenger.

Kalau korang perasan. Theory ini seperti jalan cerita The Incredibles. Dalam movie ini, Super Villain Syndrome cuba create sebuah robot yang cuma dia sorang boleh kalahkan. Dengan mengalahkan robot tersebut, dia akan jadi terkenal seperti idola dia Mr. Incredibles.

Dan seperti dalam movie ini jugak Mysterio akan menerima nasib yang sama seperti Syndrome bila robot atau enemy yang dia kawal mula malfunction dan attack dia balik. Dan dari situ yang SpiderMan dapat tahu yang semua enemy ini adalah ilusi dari Mysterio saja.

Disebabkan SpiderMan expose Mysterio cuma seorang penipu, start daripada situ Mysterio mula berdendam dengan SpiderMan dan bila dia ditangkap dan dimasukkan didalam penjara, Dia akan berjumpa dengan Vulture, Enemy SpiderMan: Homecoming dan mula buat rancangan untuk create Sinister Six, WOW!

via GIPHY

Ini cumalah theory sahaja. Kemungkinan besar enemyenemy dalam SpiderMan: Far From Home memang wujud dan memang Mysterio dalam movie ini adalah superhero yang sebenar. Apa-apa pun kita tunggu movie dia keluar nanti. Kita tengok betul ke tidak theory yang aku tulis ini.

KATALAKI: Korang suka ke kalau aku tulis lebih banyak theorytheory macam ni? Kalau suka jangan lupa share artikel ini dengan kawan-kawan korang hehe

Last modified: 18 January 2019