Nak Bercuti? – Ini Sedikit Tips Melancong Semasa PKPP

Life x Tips, Sembang, ZAP, ZeKool

Bila dah nak masuk bulan Julai ni, mesti korang yang rajin melancong ni dah ada plan nak melancong ke mana kan? Yelah dari bulan Mac hari tu terpaksa ikut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mungkin ada planning melancong yang lain masa tu terpaksa dibatalkan atas sebab keselamatan diri. Sekarang kita pun dah memasuki fasa pemulihan dan berharap tak akan ada lagi kes-kes aktif COVID-19 dalam negara kita. Bila dah masuk fasa pemulihan ni, kerajaan pun beri lah kelonggaran untuk siapa-siapa sahaja rakyat Malaysia yang nak pergi bercuti. Tapi cuti dalam negara sahaja. Jadi niat untuk melancong ke Korea Selatan masih perlu ditunda sehingga ke tempoh yang diizinkan.

Walaupun kita hanya dibenarkan melancong secara domestik, melancong tetap melancong! Lagi pun Malaysia banyak juga tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Tapi kita tak boleh secara semberono je bila nak pergi melancong tu. Masih perlu ikut standard procedure operations (SOP) yang ditetapkan. Haa kalau dah tahu arah yang nak dituju, jom baca tips melancong semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ni supaya korang boleh melancong dengan aman dan selamat. 

PILIHAN DESTINASI YANG SESUAI

Perkara pertama yang korang kena consider adalah tempat yang korang nak pergi tu. Adakah ianya sebuah tempat yang tertutup atau terbuka. Kalau tempat tempat tertutup pastikan korang contact dahulu dengan pengurusan tempat tersebut untuk mengetahui ia dah dibuka ataupun belum. Takut-takut dah sampai nanti kena patah balik pula sebab tak boleh masuk. Serta semak juga SOP di tempat tu nanti.

Paling sesuai adalah tempat-tempat terbuka seperti kawasan air terjun dan pantai. Tapi perlu berhati-hati kalau terlalu ramai di tempat tu pastikan korang kekal amalkan penjarakan sosial. Jadi elakkan lah juga pergi ke tempat yang ramai orang. 

SENTIASA BAWA HAND SANITIZER DAN GUNA FACE MASK

Hand sanitizer ini penting untuk kita bawa ke mana sahaja supaya kita dapat membasmi kuman yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Kalau korang menginap di hotel, adalah digalakkan untuk lakukan semburan di tempat-tempat yang mudah terdedah dengan sentuhan orang lain seperti di suis lampu, alat kawalan jauh televisyen, kepala paip tandas, tombol pintu dan kad hotel atau kunci bilik. Tapi boleh juga check dengan hotel tersebut untuk mengetahui SOP yang dilakukan oleh pihak hotel untuk membersihkan setiap bilik sebelum tetamu lain masuk pula.

Selain itu, jangan culas untuk memakai face mask. Walaupun kita rasa kita tidak mempunyai gejala wabak COVID-19, tetapi kita amat digalakkan untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak dengan memakai face mask. Yelah bila dah merentas negeri ni dan berjumpa dengan pelbagai orang, kita secara tak langsung dah terdedah kepada risiko wabak ini.

TAK BOLEH MANDI KOLAM RENANG AWAM

Yang ni mungkin agak spoil the mood, tapi ianya penting untuk keselamatan diri korang juga. Memang selalunya kalau kita tidur hotel adalah wajib untuk kita mandi kolam di hotel tu. Bak kata orang, baru lah berbaloi bayar mahal-mahal. Tapi sayangnya kolam-kolam renang di hotel adalah kawasan larangan buat masa ini. Jadi harap korang jangan frust sangat bila tak dapat mandi kolam tu. Tapi kalau mandi air terjun atau pantai pula, korang cari lah tempat yang jauh sikit dengan orang-orang lain tu.

KATALAKI: Kalau nak melancong tu pastikan korang patuhi SOP yang ditetapkan ok?

Last modified: 29 June 2020