Nak Buka Whatsapp Kena Guna Fingerprint Scanner?

Gadget, Tech

Dekat Malaysia, rata-rata orang kita akan menggunakan Telegram ataupun Whatsapp sebagai medium untuk menghantar pesanan ringkas, kecuali orang yang pakai iPhone sebab yelah dorangkan ada iMessage pffft.

Bagi korang yang menggunakan Whatsapp, Pada tahun 2018 banyak update-update untuk feature baru yang dimasukan didalam aplikasi ini. Pada Feb 2018, Pengguna Whatsapp telah mencapai 1.5 Billion dan menghantar lebih 60 billion pesanan ringkas menerusi aplikasi ini.

Antara featurefeature terbaru yang ada dan bakal dimasukan didalam aplikasi Whatsapp adalah seperti berikut:

FINGERPRINT UNLOCK

Whatsapp masih dalam proses untuk memasukan feature ini didalam aplikasi mereka dan mungkin akan diberikan kepada mereka yang menggunakan peranti Android dahulu sebelum mereka yang menggunakan peranti IOS dan lain-lain.

Bila feature ini dimasukan didalam kedalam aplikasi Whatsapp, ruangan Privacy pada bahagian setting akan memperlihatkan satu menu baru iaitu Fingerprint. Pengguna perlu mengimbas cap jari mereka untuk membuka aplikasi ini.

Fungsi ini akan lock keseluruhan aplikasi dan bukan hanya pada chatchat tertentu. Untuk fungsi Fingerprint Unlock ini masih dalam pembangunan dan akan ditawarkan pada peranti Android yang mempunyai fungsi fingerprint scanner sahaja dan menggunakan Android Marshmallow keatas.

LIMIT FORWARD

Hah fungsi yang ini memang aku suka sangat. Whatsapp telah menyatakan mereka akan memasukan feature dimana pengguna cuma boleh forward pesanan yang mereka sebanyak lima kali sahaja.

Sebelum ini, pengguna boleh forward pesanan yang mereka terima sebanyak 20 kali. Feature ini sangat berguna lagi-lagi dekat Malaysia ini sebab orang-orang kita suka forward pesanan ringkas yang tak sahih.

Ianya juga bagi mengurangkan orang yang suka forward benda-benda yang tak sahih ini kepada lebih ramai orang dan mengurangkan penyebaran berita-berita palsu. Fungsi ini akan akan dimasukan kedalam Whatsapp secara berperingkat.

STICKER

Feature yang ini pun menarik juga dimana pengguna-pengguna whatsapp boleh menghantar dan membalas pesanan ringkas menggunakan Sticker. Fungsi ini pada mulanya sangat popular pada aplikasi seperti Facebook Messenger dan WeChat.

Selain menggunakan sticker yang sedia ada pada aplikasi Whatsapp, pengguna juga dapat membuat sticker mereka sendiri dengan menggunakan aplikasi-aplikasi daripada pihak ketiga. Fungsi ini sudah ada pada peranti Android dan IOS.

Kalau korang nak tahu macam mana nak buat sticker korang sendiri, korang boleh check out artikel yang aku ada tulis sebelum ini ataupun korang boleh klik saja dekat SINI.

GROUP VIDEO CALL

Bagi korang yang rindu dekat member-member or ahli keluarga yang berada jauh, korang boleh menggunakan feature terbaru Whatsapp ini untuk berbual dengan mereka secara live.

Menerusi feature terbaru ini, korang bukan saja boleh membuat panggilan video secara one by one tapi juga secara berkumpulan. Seramai empat orang boleh dimasukan dalam setiap panggilan.

Untuk menggunakan feature ini, korang cuma perlu start dengan membuat one-on-one video call dahulu kemudian korang cuma perlu menekan butang Add Participant untuk menambah pengguna semasa membuat panggilan video.

Ada beberapa lagi featurefeature terbaru Whatsapp tapi aku share empat ini dahulu sebab bagi aku yang empat ini yang paling menarik. Feature yang mana yang paling korang suka? Sharekan dengan kitorang dibahagian komen!

KATALAKI: Lepas ini takdalah pakcik dan makcik bawang duk forward messagemessage yang merepek lagi, Alhamdullilah!

Last modified: 24 January 2019