Nak Jadi Warrior Atau Hitman?

Game, Tech

Bagi yang tak tahu, bulan Feb merupakan bulan terakhir permainan video percuma PS Plus akan diberikan kepada console PS3 dan juga PS Vita. Bermula bulan March 2019, Tiada lagi permainan percuma untuk kedua-dua console ini.

Bagi bulan Feb 2019, nampaknya pihak Playstation memberikan 2 permainan video untuk PS4 dan untuk pertama kalinya setelah sekian lama permainan video ini sama dengan regionregion lain. Sebelum ini, Subscriber PS Plus Asia agak kecewa dengan games yang ditawarkan lebih berbanding game yang ditawar untuk Region 1 seperti USA dan Canada contohnya.

Dibawah ini merupakan 2 permainan video percuma yang ditawarkan untuk PS Plus bulan Feb 2019 :

FOR HONOR

For Honor merupakan permainan video aksi yang dihasilkan dan dikeluarkan oleh Ubisoft. Permainan video For Honor ini telah dikeluarkan pada tahun 2017. Pada awal-awal permainan video ini dikeluarkan, banyak negative review telah diberikan namun dengan penambahan kandungan dan penambahbaikan, For Honor mula menerima positive review dari pemain.

Permainan video For Honor membolehkan pemain memilih character dari 3 clan yang berbeza. 3 clan yang korang boleh pilih adalah Iron Legion (Knights), The Warborn (Vikings) dan The Chosen (Samurai). Terdapat clan baru yang ditambah iaitu The Wu Lin yang menyerupai pahlawan dari chinese dynasty. Setiap clan mempunyai 4 class yang korang boleh pilih seperti Vanguard, Assassin, Tank dan juga Hybrid.

Permainan video ini juga terdapat multiplayer mode yang mana korang boleh bermain bersama-sama member korang. Terdapat 7 mode yang korang boleh pilih iaitu Dominion, Brawl, Duel, Skirmish, Elimination, Tribute dan juga Breach. Setiap mode ini berbeza antara satu sama lain dan mempunyai ciri-ciri gameplay yang unik.

HITMAN

Permainan video yang dihasilkan oleh IO Interactive dan dikeluarkan oleh Square Enix untuk PC, PS4 dan juga Xbox One pada tahun 2016. Game Hitman ini agak berbeza dengan game Hitman yang pernah dikeluarkan sebelum ini kerana ianya dikeluarkan dalam bentuk episode.

Terdapat enam episode yang dikeluarkan untuk permainan video ini yang mana episode pertama dikeluarkan pada March 2016. Episode keenam iaitu yang terakhir telah dikeluarkan pada October 2016.

Untuk permainan percuma PS Plus Feb nanti, subscriber dapat bermain kesemua episode secara percuma. Tidak pasti sama ada DLC Patient Zero dan limited costumes akan disertakan sekali ataupun tidak. Harap-harap sekali dengan DLC lah!

Untuk February 2019 PS Plus free games, aku agak berpuas hati dengan game yang dorang berikan. Kedua-dua permainan video ini aku tak pernah main lagi dan aku berharap sangat yang selepas ini tiada lagi gamegame yang mengecewakan dimasukan pada PS Plus free games pada masa akan datang.

KATALAKI: Kalau korang takda member nak main For Honor boleh add PSN ID aku ye. Search je “CallMeMok” hehehe

Last modified: 1 February 2019