Nak Lawan Bandersnatch, Ini Filem Interaktif Pertama Kat YouTube

Sembang

Selepas Netflix tayangkan filem interaktif, Black Mirror: Bandersnatch pada 28 Disember 2018, nampaknya filem atau drama bersiri berunsurkan interaktif ni semakin mula diterima ramai. Yang terkini, YouTube berkolaborasi dengan seorang Youtuber terkenal, Markiplier untuk menghasilkan sebuah video interaktif bertajuk, A Heist With Markiplier.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Markiplier (@markiplier) on

Kalau ada yang masih lagi tak tahu, filem atau drama bersiri interaktif membolehkan penonton memilih sendiri keputusan yang perlu dibuat oleh watak utama berdasarkan pilihan yang diberi untuk menentukan jalan cerita filem atau drama tersebut.

Image Via : tubefilter.com

A Heist With Markiplier mengisahkan mengenai Markiplier yang cuba mencuri artifak paling berharga di muzium paling selamat di dunia, dalam masa yang sama, penonton akan menentukan apa yang perlu dilakukan oleh Markiplier semasa cuba mencuri artifak tersebut.

Image Via : variety.com

Sebenarnya, A Heist With Markiplier ni bukannya video interaktif pertama yang pernah dihasilkan oleh Markiplier. Pada tahun 2017, Markiplier pernah keluarkan video interaktif bertemakan Valentine’s Day bertajuk A Date With Markiplier.

Image Via : YouTube

Kami ada try gak untuk tengok macam mana interaktifnya video A Date With Markiplier ni. Pada pendapat kami, masih tak boleh lawan filem Black Mirror: Bandersnatch. Sebab video interaktif kat YouTube, jalan cerita hanya boleh dipilih kat bahagian penghujung video tersebut. Kalau malas nak tengok, boleh cepatkan je video sampai hujung, pastu klik je mana-mana jalan cerita yang kita nak. Tapi mungkin A Date With Markiplier ni baru percubaan pertama. Mungkin A Heist With Markiplier nanti lebih menarik untuk kita layan?

Image Via : YouTube

A Heist With Markiplier sebenarnya merupakan video interaktif pertama yang akan dikeluarkan oleh YouTube menerusi YouTube Originals sebelum memperbanyakkan lagi dengan bermacam-macam jenis video interaktif pada masa akan datang. Video interaktif A Heist With Markiplier akan mula ditayangkan kat YouTube bermula 30 Oktober 2019. Sementara tu, korang boleh layan dulu trailer kat bawah ni.

KATALAKI: Filem dan drama interaktif ni memang sesuai untuk penonton yang suka layan filem atau drama kat smartphone. Boleh exercise gerakkan jari sambil layan filem atau drama. Bayangkan kalau filem interaktif ditayangkan kat pawagam. Pening.

Last modified: 4 November 2019