Nak Raya Dah – Ni 3 Benda Korang Kena Cuci!

Collab, SuperDeals

SuperDeals

Rumah kotor, pergi berapa pakai kasut kotor, kereta bau hapak. Ni adalah perkara-perkara atau benda-benda yang memang tak selesa bila tiba je time-time musim raya ni. Bukan apa, dah nama pun hari raya, kan ke elok dan wajib kalau kita pastikan semua benda adalah bersih dan cantik. Sebab hari lebaran ni hari yang dinantikan, terutama sekali bila kita nak pergi beraya kat rumah sanak saudara ataupun sanak saudara kita datang beraya dirumah kita kan.

Jadi dengan itu, aku kat sini nak share dengan korang, 3 benda ni yang korang kena pastikan bersih time raya. Bila semua bersih, confirm korang dapat pujian daripada mak ayah, girlfriend, mak ayah girlfriend, adik beradik girlfriend ngan jiran-jiran girlfriend sekali lah. Ayuh ikut gan!

Rumah

Lantai, langsir, kerusi, kipas, habuk furniture. Ni adalah antara benda penting dan wajib yang aku akan pastikan bersih sebelum hari raya menjelma. Lantai tu kena mop, tapi sebelum mop kena la sapu dan buang dulu habuk-habuk kat lantai tu. Habuk-habuk kecik ni aku selalu panggil dia “dust bunnies” sebab dia kecil dan fluffy, paling kejam dia suka lari-lari macam rabbit. Kerusi rumah tu kena la bersihkan, kalau boleh cuci fabric dia cuci je gais. Kipas tu pastikan korang buang habuk yang melekat dekat pisau bilah kipas tu, baru lah kipas korang jadi lebih laju dan sejuk. Dan last sekali habuk dekat furniture korang tu lap sekali, letak 1 softener pakaian dan 10 cawan air dan lap perabut korang, confirm tak akan ada habuk melekat.

Kalau rumah korang ada aircond, pastikan korang service aircond korang tu. Bila dah rasa macam aircond korang dah tak berapa nak sejuk, mungkin korang kena service, dan pastikan korang buat sekali Aircond Chemical Servicing. Apa? takut service mahal? Jangan risau. Kalau korang usha Super Deals, korang boleh dapatkan 1 Unit Aircond Chemical Servicing dengan harga semurah RM65 je! Murah kan? Kalau nak, klik je KAT SINI.

Kasut

Time raya ni, kasut merupakan asset yang penting juga dalam kita nak pergi beraya kat rumah sanak saudara. Bukan baju je kena baju raya. Kalau boleh kasut yang kotor atau yang dah pakai tu korang kena kasi cuci jugak. Tips mudah, ambik sedikit pencuci pinggan dan kain atau berus yang tak pakai untuk cuci kasut korang. Tapi kalau korang jenis yang malas nak cuci kasut, korang boleh hantar je kat kedai macam Sneakers Spa, Myshoemo atau lain-lain lagi lah.

Kereta

Tips last sekali, kereta korang pun kena la pastikan bersih juga. Kalau ada bajet lebih, hantar kereta korang kat auto-spa dan wax sekali sampai berkilat. Nanti pergi beraya kat rumah girlfriend, dari jauh jiran-jiran semua dah boleh nampak kereta korang. Dan yang paling penting, vacuum sekali kereta korang tu. Satu lagi tips mudah, kalau korang malas nak basuh kereta sendiri, apa kata upah anak saudara atau anak-anak muda kat kawasan korang. Alah, takat upah diorang RM5-RM10 keatas apa salahnya kan? Confirm budak-budak tu pun nak buat duit raya lebih jugak.

KATALAKI: Lelaki yang pembersih dikatakan mampu buat gadis-gadis turn on

SuperDeals

Last modified: 19 June 2019