Nak ‘Sado’ Sampai Hampir Potong Tangan!?

Sembang

Semua orang mahukan badan yang sihat dan nampak gagah. Untuk dapatkan badan yang kita idamkan, selalunya kita akan pergi workout dan amalkan memakan makanan yang sihat. Namun ada diantara kita yang terlalu over sampaikan untuk dapatkan badan yang sihat, tanpa sedar kita sedang merosakkan tubuh badan kita sendiri.

Itulah yang terjadi kepada Romario Dos Santos Alves apabila dia mahukan tubuh badan yang sama seperti watak superhero Marvel iaitu Hulk. Romario sebelum ini merupakan seorang bodyguard dan oleh kerana inginkan badan seperti Hulk, kedua-dua tangannya hampir dipotong!

Kedua-dua tangannnya mula membengkak dalam keadaan yang sangat merisaukan. Ini semua terjadi apabila dia melihat beberapa orang di gym tempat dia selalu datang untuk bersenam mempunyai badan yang sado. Dia mula bertanya bagaimana mereka boleh mendapatkan tubuh badan seperti itu dan mereka telah memperkenalkan dia dengan Synthol.

Kalau korang nak tahu, Synthol merupakan campuran antara minyak, Lidocaine dan juga alcohol. Bahan ini selalu digunakan oleh bodybuilder bagi mendapatkan badan dengan muscles yang besar ataupun dikenali sebagai Fluffing. Cara ini boleh membuatkan badan korang membesar dengan cepat namun ianya adalah satu practice yang sangat tidak bagus!

Pada mulanya dia hanya ingin mencuba sahaja namun lama-lama Romario mula ketagih dan tidak mengawal penggunaan Synthol. Setiap hari dia akan inject bahan campuran tersebut pada biceps, belakang badan, kaki dan kesemua anggota badan yang dia mahu besarkan.

Oleh disebabkan penggunaan Synthol yang tak terkawal, badannya mula membesar dalam keadaan yang sangat tidak normal dan kedua-dua belah tangannya juga membengkak dan mempunyai saiz seperti kaki manusia normal. Tapi itu tidak membuatkan dia berhenti menggunakan bahan terlarang tersebut.

Pada mulanya dia inginkan badan yang sado dan menjadi pujaan orang-orang lain namun apa yang dia dapat adalah pandangan dengan rasa takut daripada orang sekelilingnya. Pernah satu hari ketika dia sedang berada di gereja, seorang wanita datang kepadanya dan menyatakan yang anak perempuannya yang berumur 12 tahun kini takut untuk ke gereja kerana dia takut dengan Romario dan sering memanggilnya raksasa!

Tapi dia tetap teruskan pengambilan Synthol dan semakin hari tangannya semakin membengkak sehinggakan dia tidak boleh mencucuk Synthol dengan menggunakan jarum biasa dan terpaksa menggunakan jarum yang lebih besar yang biasanya digunakan pada kerbau dan lembu disebabkan ototnya yang semakin tebal.

Keadaan badanya juga menyebabkan dia telah diberhentikan kerja. Bagaikan seperti sudah jatuh ditimpa tangga, satu hari semasa sedang menjalani medical checkup doktor telah memberitahu yang dia perlu membuat keputusan sama ada hendak memotong kedua belah tangannya ataupun tidak disebabkan otot pada tangannya telah rosak.

Dia semakin tertekan dan hampir membunuh diri sendiri kerana tidak tahu apa yang dia patut buat. Isterinya pula ketika itu sedang mengandungkan anaknya. Romario mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan untuk memotong tangannya.

Namun pada saat akhir, doktor memberitahu yang tangannya tidak perlu dipotong dan doktor boleh mengeluarkan sisa ototnya yang telah rosak tanpa sebarang masalah. Dia bernasib baik kerana pembedahan itu telah berjaya dan sehingga hari ini, dia telah menjauhkan diri daripada mengambil bahan terlarang. Setiap kali ada kanak-kanak yang memanggilnya Hulk, dia cuma akan tersenyum dan bergambar dengan kanak-kanak tersebut.

KATALAKI: Sumpah aku ingat tangan dia edit rupanya betul-betul tangan dia!

Last modified: 16 October 2019