Nama Asal Band-Band Top Sebelum Mereka Femes

Sembang

Korang pernah tak terfikir kalau korang nak setup satu rock band, korang nak bagi nama apa? The Gadget? Petir? Pendekar? Kugiran Belakang Rumah?

Pilihan nama band ni sebenarnya memainkan peranan penting juga untuk sesebuah band membawa nama band tu sendiri hingga satu hari mungkin menjadi empayar besar seperti Queen, Guns N’ Roses, Lefthanded, Search dan banyak lagi nama-nama rock band besar kat dunia ni.

Kali ni Thelaki nak uji pengetahuan korang mengenai nama asal band-band top ni, sebelum mereka jadi famous gilababs!

Mookie Blaylock

 

Nama Rasmi : Pearl Jam

Band yang membawa imej dan muzik grunge ni mula ditubuhkan pada tahun 1990 yang dikenali sebagai Mookie Blaylock. Lepas menandatangani kontrak dengan Epic Records, record label di bawah Sony Music Entertainment, nama Mookie Blaylock ditukarkan kepada Pearl Jam.

 

Kara’s Flowers

Nama Rasmi : Maroon 5

Kara’s Flowers ditubuhkan pada tahun 1994, Adam Levine masa tu baru berumur 15 tahun. Kara’s Flowers sempat menghasilkan tiga album pada tahun 1995, 1997 dan 1999. Malangnya semua album tak mendapat sambutan dan dikira gagal oleh band Kara’s Flowers sendiri. Pada tahun 2001 baru lah nama Kara’s Flowers ditukarkan kepada Maroon 5 lepas sign kontrak dengan Octone Records.

 

Sweet Children

Nama Rasmi : Green Day

Billie Joe Armstrong dan Mike Dirnt mula tubuhkan Sweet Children pada tahun 1986, masa tu dorang baru berumur 14 tahun. Dari tahun 1986 hingga 1988, Sweet Children banyak buat gig sehingga lah owner Lookout! Records, Larry Livermore nampak potential rock band ni. Maka Larry Livermore tukar nama band Sweet Children kepada Green Day disebabkan tak nak orang ramai confius dengan band Sweet Baby masa tu. Kenapa Green Day? Katanya nama Green Day digunakan sebab ahli anggota Green Day sangat mencintai cannabis.

 

W.H.Y GANK / SHEILAGANK

Sebelum mereka bersatu pada tahun 1996 menjadi antara band yang terbaik di Indonesia dan Malaysia yang kini bergelar Sheila On 7. W.H.Y Gank ditubuhkan oleh Adam dan Sakti. Selepas kemasukan Duta, Eross dan Anton, mereka menukar nama W.H.Y Gank kepada Sheilagank. Sejurus selepas mereka dibawah naungan label Sony Music Entertainment Indonesia, mereka menukarkan nama Sheilagank kepada nama yang dikenali sekarang sebagai Sheila On 7.

Nama Rasmi : Sheila On 7

 

Down Beat

Dianugerahkan sebagai The Most Genius Band pada Anugerah Planet Muzik 2005. Awal kemunculan mereka sebagai Dewa19, mereka dikenali dengan nama Down Beat yang diambil sempena sebuah majalah jazz dengan nama yang sama terbitan Amerika Syarikat. Pada awal kemunculan, mereka lebih dikenali dengan aliran muzik pop yang kemudian berubah kepada muzik genre jazz. Dengan nama Down Beat, mereka cukup dikenali dengan persembahan di festival muzik. Pada sekitar tahun 1991 mereka menukar nama band kepada Dewa 19. 19 merujuk kepada usia anggota Dewa19 pada tahun itu.

Nama Rasmi : Dewa19

 

The Lipstik

Nota: Yang spek frame putih tu bukan Ali Sariah

Nama Rasmi : Masdo

Band yang mula mencipta nama dalam industri muzik Malaysia sebagai The Lipstik ni membuat langkah berani dengan merombak ahli kumpulan dan seterusnya menukar nama band dorang kepada Masdo. Masdo juga merupakan kawan rapat dan anak didik kepada band Hujan.

P.S. Gambar pertama tu gambar hiasan je. Takde kena mengena dengan Masdo.😁

Dah tau dah kan nama-nama asal band faveret korang? Apa kata jom layan playlist lagu-lagu indie kat www.hotfm.com.my. Meh layan lagu-lagu indie klik SINI

KATALAKI: Cuba korang cari band mana yang pernah guna nama Pen Cap Chew.

Last modified: 6 December 2018